Bab 29

7K 357 116
                                    

WIDELIA tengah yang sibuk membuat kerja terhenti apabila Erin dengan Sabiha berdiri tegak di sebelahnya. Dia menjeling sekilas kedua rakan sekerjanya yang sedang tersengih-sengih kepadanya. Dia berpura-pura tidak tahu.

"Amboi kau, diam-diam buat kerja eh? Tahu-tahu dah nak kahwin." Usik Sabiha.

"Eh kau ni, tak habis-habis lagi pasal tu." Widelia memandang jengkel Sabiha yang berdiri di hadapannya. Dari tadi dia di usik oleh Sabiha dan juga Erin pasal dia dengan bosnya bakal berkahwin.

Semasa rehat tengah hari tadi, dia memberi kad jemputan kahwin dia dan Hayyan kepada kedua kawan sekerjanya itu. Hanya Erin dan Sabiha saja dia bagi kad jemputan khas kerana mereka berdua di jemput sekali semasa majlis akad nikah mereka.

Untuk majlis resepsi nanti, Hayyan sendiri yang akan membuat pengumuman untuk menjemput semua pekerjanya datang ke majlis resepsi mereka.

"Mestilah, aku excaited nak tengok kau naik pelamin."

Erin ketawa melihat tingkah teruja Sabiha. Dia pun teruja juga tapi tak adalah macam si Sabiha tu.

"Aku tak sangka gila, kau dengan bos? Omg!"

Widelia mendengus. Pening otaknya nak melayan Sabiha yang terlebih teruja.

"Eh budak ni, kau yang teruja sangat dah kenapa?" Erin menampar bahu sabiha geram.

"Terujalah kawan kita yang sorang ni dah nak kahwin."

"Aku ni bila lagi nak kahwin. Aku takut sampai ke tua aku tak kahwin, tak pun ajal aku dulu yang sampai," ujar Sabiha dengan nada sendu.

Bukan apa saudara-maranya asyik bertanya dengannya bila dia mahu berkahwin. Umurnya masih muda tetapi orang di sekelilingnya suka tanya soalan yang dia sendiri tidak tahu bila dia akan bertemu jodoh.

"Eh kau ni, jangan nak sendu sangat boleh tak. Kau jangan risau. Allah is the best planner. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it. Andai kata kalau ajal kau sampai dulu pun dari jodoh, kau jangan risau kerana kau akan di pertemukan di syurga-Nya. Jadi kau jangan mudah berputus asa. Ada sebab juga kenapa Allah datangkan jodoh kau lambat. Mungkin sebab dia nak kau bahagiakan mak ayah kau dulu, Allah nak kau perbaiki solat dan akhlak kau. Mungkin Allah nak ajar kau erti sabar dan sentiasa berharap kepada Dia." Nasihat Widelia supaya Sabiha percaya dengan perancangan Allah.

"Betul apa kata Wid, kau ni cuba bawa bersabar sikit. Aku ni pun single juga tak adalah macam kau. Tak menyabar betul. Adalah sebab kenapa Allah lambat datangkan jodoh untuk kau." Erin juga turut menasihati Sabiha.

"Okey sorry, aku salah." Sabiha mengakui salahnya kerana asyik mempersoal bila dia akan bertemu jodoh.

"Jangan tanya lagi bila kau nak kahwin. Kalau aku dengar lagi kau merungut memang aku kenenkan Pak Sood dekat kau. Dia duda tau, jangan sampai aku bagitahu dekat Pak Sood yang kau suka dia. Untung-untung kahwin dengan dia kau dapat anak tiri 11 orang. Jadi mama ekspres lah kau." Widelia mengusik Sabiha. Tadi bukan main budak itu seronok mengusiknya. Sekarang ini biar dia yang mengusik gadis itu.

"Eh kau! Janganlah... taste aku bukannya Pak Sood. Orang tua itu sudahlah perut kedepan, miang bukan main lagi." Rungut Sabiha. Pak Sood itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat mereka. Orang tua itu, duda anak 11 orang. Sudahlah gatal, semua awek single dekat syarikat ni dia pergi try. Tak padan dengan tua, rumah kata pergi kubur kata mari.

Erin dengan Widelia sudah bantai gelak apabila melihat wajah geli geleman Sabiha apabila Widelia mahu kenenkan Sabiha dengan Pak Sood.

"Haa tahu pun tak nak. Sekali lagi aku dengar memang aku jumpa terus Pak Sood."

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now