Bab 27

6.7K 373 65
                                    

HAYYAN balik ke rumah keluarganya. Dia mahu berbincang tentang rancangannya mahu merisik Widelia. Hayyan masuk ke dalam rumah keluarganya yang sunyi sepi. Dia juga bercadang mahu tidur di rumah keluarganya malam ini. Sudah lama dia tidak tidur di rumah ini.

"Assalamualaikum..." Hayyan memberi salam seraya melangkah ke arah ruang tamu.

"Ehh Hayyan bila sampai?" tanya seorang wanita yang berumur yang sudah berumur.

"Baru je Mak Nah," jawab Hayyan lembut. Bibir menguntum senyuman manis.

"Mak Nah, mana semua orang?" tanya Hayyan kepada pembantu rumah yang sudah berumur yang bernama Mak Nah.

Wanita itu yang mengasuhnya dari kecil sehingga dia meningkat dewasa.

"Ada dekat atas. Hayyan tidur sini ke?" tanya Mak Nah.

"Ya, Mak Nah. Lama Hayyan tak tidur sini. Rindu nak makan masakkan Mak Nah," kata Hayyan dengan senyuman.

Mak Mah tersenyum mendengar. Anak majikannya itu sudah di anggap seperti anaknya sendiri. Dari kecil dia mengasuh Hayyan.

"Nanti Mak Nah masakkan makanan kegemaran kamu. Kamu pergilah rehat." Mak Nah menyuruh Hayyan berehat sementara dia masak makanan untuk makan malam.

"Okey madam!" Hayyan mengangguk seraya melangkah ke arah tangga untuk naik ke biliknya.

Semasa dia mendaki anak tangga dia terserempak dengan ibu tirinya. Ya, ibu tirinya yang sudah di anggap seperti ibunya kandung sendiri. Dia tidak pernah melarang papanya untuk berkahwin sekali lagi malah dia sendiri yang menyokong keputusan papanya kerana dia tahu papanya perlukan seseorang untuk menjaga makan pakai papanya. Ibu tirinya Malisa berumur 40 tahun.

"Hayyan bila balik? Umi tak dengar pun bunyi kereta Hayyan." Puan Malisa bertanya apabila tereserempak dengan anak tirinya.

Dia tidak pernah menganggap anak muda itu sebagai anak tirinya malah dia menganggap Hayyan seperti anak kandungnya sendiri. Kasihnya terhadap Hayyan tidak pernah berkurang. Anak yang di jaganya dari umur 16 tahun sehingga sekarang.

Sayangnya anak muda itu lebih suka berdikari. Genap umurnya 25 tahun Hayyan sudah duduk di rumah sendiri dan sudah berjaya di masa muda. Dia berbangga dengan pencapain anak tirinya itu.

"Hayyan baru balik umi, umi apa khabar? Papa mana?" Hayyan melempar senyuman kepada Puan Malisa. Di hulur tangannya kepada Puan Malisa untuk bersalam. Huluran tangannya di sambut Puan Malisa. Di kucup penuh hormat tangan wanita itu.

"Baik alhamdulillah... Papa ada dalam bilik. Lama Hayyan tak balik sini. Umi rindu anak umi ni tau." Puan Malisa mengosok kepala anaknya lembut.

"Sorry umi, Hayyan busy itu yang tak sempat singgah sini," kata Hayyan dengan wajah serba salah.

Hampir seminggu dia tidak balik ke rumah ini. Biasanya dia akan balik 2 kali dalam seminggu tetapi minggu ini dia langsung tidak sempat balik ke rumah ini.

"Tak apalah, Hayyan pergila rehat. Umi nak tolong Mak Nah masak. Kalau dah siap nanti umi panggil."

Puan Malisa menepuk bahu anaknya lembut.

"Baik umi. Hayyan naik dulu." Hayyan  menadaki anak tangga.

Dia masuk ke dalam biliknya. Dia berbaring di atas katil. Lega betul dapat berbaring. Lepas balik dari kubur petang tadi dia terus balik dan mandi. Selepas solat maghrib baru di bertolak pergi ke rumah papanya.

Belakangnya terasa lega apabila dapat berbaring. Dia yang mahu melelapkan mata tidak jadi apabila pintu biliknya di ketuk dari luar. Dia bangkit lalu melangkah ke arah pintu.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now