Bab 17

6.7K 352 22
                                    

HAZIR yang sudah segak berbaju kemeja melangkah ke arah dapur. Dia sudah bersiap mahu pergi kerja. Sebelum pergi kerja dia mahu bersarapan dahulu.

"Hazir dah nak pergi kerja ke?" tanya Mak Teh yang lagi sibuk mengemop lantai dapur.

"Haah... mana yang lain Mak Teh?" Hazir memandang Mak Teh yang sibuk mengemop lantai.

"Wais masih lagi berbungkus dalam selimut dekat bilik dia tu. Widelia pula dah pergi kerja. Abah dengan ibu kamu pula pergi pasar cari ikan segar dekat pasar."

Berkerut hairan wajah Hazir apabila ibu dengan abahnya pergi ke pasar di awal pagi.

"Awalnya, biasanya pergi lepas kita orang pergi kerja."

"Abah dengan ibu korang tu nak mengeteh dekat mamak awal pagi ni, ibu kamu tu teringin nak makan roti canai awal pagi ni." Terang Mak Teh.

Hazir hanya mengangguk faham. Patutlah di meja makan tadi tiada sorang pun manusia duduk makan di sana. Dia ingatkan dia yang bangun terlebih awal hari ni.

Hazir pergi ke arah mesin coway mahu minum air putih. Gelas yang sudah tersedia di tepi mesin coway di capai lalu dia mengisi air putih ke dalam gelas.

Selesai minum air, dia melangkah ke arah singki mahu membasuh gelas yang telah di gunanya. Setelah mencuci gelas, Hazir mencaru kelibat Mak Teh.

"Mak Teh, Hazir pergi kerja dulu tau." Laung Hazir sedikit kuat kepada Mak Teh yang berada di dalam bilik dobi. Dia melangkah keluar dari dapur.

"Ha yalah, hati-hati bawa kereta tu." Mak Teh turut melaung dari dalam bilik dobi.

Hazir mengambil briefcast yang berada di atas kerusi meja makan. Dia melangkah ke arah pintu utama sambil bermain telefon. Dia yang baru mahu menyarung kasut terhenti apabila telefonnya berbunyi tanda ada orang call.

Melebar senyuman di bibirnya apabila melihat nama Haura yang tertera di skrin telefonnya. Dia baru nak call Haura masa dalam perjalanan nak pergi kerja sebentar lagi, tiba-tiba Haura dah call awal pula.

"Assalamualaikum awak..." Haura memberi salam terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Hah kenapa call ni? Tak kerja ke?" tanya Hazir hairan.

"Kerja, on the way nak pergi kerjalah ni. Saja call awak, saya rindu. Kalau dapat jumpa setiap minggukan best, Ini tak. Bukan kata setiap minggu, setiap bulan pun tak dapat nak jumpa kecuali ada cuti panjang. " Haura ketawa di hujung talian.

"Yalah tu rindu, ni mesti ada benda nak bagitahu kan? Tiba-tiba call saya ni, biasa awak tak akan call selagi saya tak call awak melainkan ada benda nak bagitahu. Betul tak?"

Haura ketawa. Hazir memang sudah masak dengan perangainya.

"Macam mana awak tahu? Awak ahli nujum ke?"

"Siapa je tak kenal peel awak tu." Hazir menjuih bibirnya.

Setelah menyarung kasut Hazir melangkah ke arah keretanya. Lock kereta di buka dan dia masuk ke dalam kereta. Dia membuka loud speaker untuk memudahkan dia bercakap dengan Haura sewaktu dia memandu nanti.

Haizr menghidupkan enjin kereta terlebih dahulu sepuya enjin kereta panas.

"Guess what?" Haura menyuruh Hazir meneka.

"Awak dapat cuti?" Teka Hazir seraya memulakan pemanduannya setelah enjin kereta sudah panas.

"Nope!"

"Habis tu?" Hazir mengerutkan dahinya tanda hairan.

"Saya dapat pertukaran ke semenanjung. Awal bulan depan saya dah boleh masuk mengajar dekat sekolah baru." Haura berkata dengan nada teruja.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now