Bab 8

8.3K 408 40
                                    

WAIS bersembunyi di tepi dinding bilik Widelia. Bibir menyengih sinis. Dia menanti adik perempuannya keluar dari bilik. Telinganya menangkap bunyi pintu bilik di buka.

"Bah!!!" Wais segera menyergah adik perempuannya sebaik saja bunyi telapak kaki mendekat ke arah tempatnya bersembunyi.

"Oh mak kau hijau." Widelia yang baru keluar dari bilik terkejut dengan sergahan dari Wais. Dia mengurutkan dadanya yang berdegup kencang akibat terkejut.

Dia mendengus kasar apabila melihat Wais galak ketawakannya. Dasar abang tak ada akhlak.

Wais ketawa lepas apabila melihat muka terkejut beruk adik perempuannya.

"Along ni dah kenapa? Pagi-pagi buta dah kacau orang." Widelia menjeling Wais tajam. Tangannya sempat memukul dada Wais kasar menggunakan sling bag.

"Aduh... Sakitlah gila!" Wais meringis kesakitan apabila dadanya di pukul Widelia kasar.

"Tahu pun sakit. Kacau orang lagi memang adik pukul along guna batang golf abah." Di jeling abangnya tajam.

Widelia melangkah pergi meninggalkan Wais yang tengah mengusap dadanya yang sakit akibat di pukul adiknya itu.

Wais hanya mencebik.

"Orang usik sikit pun nak marah." Wais membebel sendiri.

Hazir yang baru keluar dari bilik memandang pelik ke arah abangnya yang membebel seorang diri.

"Along dah kenapa bercakap seorang diri? Dah tak betul ke otak tu?" Hazir berlalu di hadapan abangnya sambil membetulkan tali leher agar kelihatan kemas.

Wais menjeling Hazir geram.

"Tak ada apalah, menyibuk aje." Wais berlalu pergi meninggalkan Hazir seorang diri.

Hazir hanya mengangkat bahu. Malas nak melayan peel abangnya seorang itu. Sekejap betul, sekejap tak betul.

Dia melangkah turun ke tingkat bawah mahu bersarapan pagi. Sampai sahaja dia di bawah, dia melihat adiknya sudah ada berada di meja makan. Awal pula budak ni turun sarapan. Biasa dia lah orang yang paling lewat turun sarapan.

Dia melabuhkan duduknya di sebelah Widelia yang kusyuk melantak bihun goreng. Bersinar matanya apabila melihat karipap kegemarannya yang baru di di hidang oleh ibunya. Di ambil sebiji karipap lalu di sumbat ke dalam mulut.

Widelia yang kusyuk makan bihun terus berhenti seketika apabila melihat karipap yang baru di hidang oleh ibunya.

"Korang bertiga nak bawa bekal karipap tak?" tanya Puan Wardah kepada ketiga- tiga anaknya.

"Nak bu!"

"Nak!"

"Nak!"

Jawab mereka serentak dengan muka teruja.

Puan Wardah tersenyum melihat gelangat anaknya. Tak padan dengan umur dah tua, perangai macam budak-budak.

"Sekejap, ibu gorengkan karipap dulu."

"Ibu tak nak makan dulu ke?" tanya Widelia apabila ibunya mahu menggoreng karipap untuk mereka bertiga.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now