Bab 50

6.3K 241 46
                                    

SEMALAM Hayyan sudah menunaikan permintaan isterinya mahu makan Mcd. Sekarang pula isterinya memberitahu yang dia teringin nak makan Beef Bimbibap dengan Bulgogi Beef. Teringin nak makanan orang korea pula dah. Hayyan terus bersetuju lalu mengajak isterinya pergi ke B.bap Korean Food.

Dia tengah menanti isterinya bersiap mahu keluar pergi melunaskan craving isterinya. Selagi dia mampu, selagi itu dia akan menunaikan permintaan isterinya. Percayalah, kalau kita tidak berkira dengan isteri. Rezeki kita akan melimpah ruah. Selain daripada di beri rezeki duit, kita juga di beri kesihatan yang baik dan di permudahkan segala urusan. Sementara menanti isterinya bersiap, dia memeriksa email di iPad sekiranya ada urusan penting masuk.

"Abang reti ke makan makanan korea?" tanya Widelia, tangannya sibuk memakai shawl.

"Entah, abang cuma reti makan kimchi je. Yang lain abang belum try makan lagi. Haizel jangan risau, abang makan semua makanan cuma tolak batu dengan kayu je," jawab Hayyan lalu ketawa kecil. Tak pernah lagi dia makan-makanan korea.

"Lah ye ke?" Widelia ketawa mendengar kata-kata Hayyan.

Hayyan tidak memilih kalau bab makanan. Semua dia bedal. Sebijik macam abangnya, Wais. Wais juga  tidak memilih kalau bab makanan. Semua dia bedal saja. Bak kata Wais dengan Hayyan. Semua makanan diorang makan kecuali batu dengan kayu saja.

Widelia sudah bersiap, dia hanya mengenakan blouse kosong bewarna coklat tua dan seluar baggy jeans. Shawl jersey bewarna cream turut di pakai. Simple sahaja. Malas nak bersiap lebih-lebih. Rimas.

Kakinya melangkah ke arah Hayyan yang sibuk menatap skrin iPad. Ada kerjalah tu nak di buat. Nampak sibuk.

"Abang sibuk ke? Kalau sibuk kita pergi hari lain jelah." Widelia berdiri di hadapan Hayyan. Dia tidak kisah kalau pergi di hari lain. Dia tidak mahu urusan Hayyan tertunda di sebabkannya.

"Taklah, abang cuma periksa email." Segera Hayyan menutup skrin iPad. Memberi perhatian sepenuhnya kepada isteri.

"Betul ni? Kalau abang sibuk tak apalah. Nanti kita boleh pergi hari lain."

"Betul, abang tak sibuk pun. Sayang dah siap ke?"

Hayyan memadang wajah bersih isterinya. Cantik. Seri ibu mengandung mungkin?

"Dah, cantik tak?" Widelia bertanya lalu memusingkan tubuhnya. Sengaja nak minta pujian dari suami.

Hayyan tersenyum. Dia berdiri bertentangan dengan isterinya. Di rangkul pinggang isteri lembut. Dia dengan isterinya saling bertatapan.

"Mestilah isteri abang ni cantik. Jarang isteri Raja Luth Hayyan tak cantik," puji Hayyan ikhlas lalu puncak hidung isterinya di kucup. Baginya isterinya sentiasa cantik di matanya.

"Abang nak tahu sesuatu tak?" tanya Widelia. Keningnya di jongket sebelah.

"Tahu apa?"

"Pagi tadi kan, Haizel buat air kopi."

"Jadi?"

"Kopi tu manis sangat, Haizel baru teringat yang Haizel terletak sesuatu dalam air tu." Cerita Widelia lagi dengan wajah serius.

"Sayang terletak apa dalam air kopi tu?" tanya Hayyan hairan.

"Haizel terletak kisah cinta kita dalam air kopi tu. Itu yang manis sangat," seloroh Widelia lalu ketawa lepas. Seronok dapat melihat wajah kusyuk Hayyan mendengar dia bercerita.

"Haihlah budak ni, abang ingatkan Haizel terletak apalah tadi," keluh Hayyan geram. Hidung isterinya di kepit geram.

Widelia meringis sakit apabila hidungnya di kepit Hayyan.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now