BAB 22

58 4 0
                                    

"Awak, awak! Kat sini, kat sini."

Dengan senyuman lebarnya dia melambaikan tangan memanggil Miqael yang hanya memerhati setiap tingkah lakunya yang begitu teruja saat mereka berada di taman bunga The Melirath Gargantuan di bandar Iladale itu.

"Cepat lah, Miqa. Lambat lah awak ni."

"Yes, I'm coming... Honey." Hujung katanya dibiar hanya dirinya yang mendengari.

Kerana merasa langkah Miqael begitu lambat seperti orang tua yang sakit pinggang. Dengan geramnya dia melangkah laju ke arah Miqael kemudian lengan lelaki itu digenggam lembut lalu ditarik ke arah segerombolan bunga hydrangea dengan berbagai warna.

"Cepat sikit boleh tak?" Rengusan geram terlepas dari Claira. Bunyi langkah kaki mereka bersatu di sana sehingga lah sampai di hadapan bunga-bunga hydrangea tadi.

Tadi dalam perjalanan bukan main Claira risau kerana tidak tahu Miqael ingin membawanya ke mana. Namun setelah sampai di sini, dia lah yang paling teruja memerhati kawasan taman bunga yang luas itu. Taman bunga terbesar di negaranya.

Setiap hujung minggu pasti ramai yang datang ke sini. Namun memandangkan hari ini merupakan hari bekerja, hanya beberapa pengunjung yang datang. Dan kebanyakannya adalah remaja.

Tangan yang tadi menggenggam lengan Miqael akhirnya melonggar. Dengan rasa bahagianya dia melangkah mendekat ke arah bunga-bunga tadi kemudian badan berpusing menghadap Miqael yang sedang bersedia menangkap gambarnya.

"Ambil cantik-cantik tau." Pesan Claira sebelum mula bergaya menanti gambar dirinya ditangkap.

Klik... Klik... Klik...

Setelah berpuas hati baru lah dia menjauh dari bunga-bunga itu kemudian mendekati Miqael.

"Nak tengok." Bahunya dan Miqael mulai rapat bila Claira ingin melihat gambarnya yang ditangkap lelaki ini. Bercaya matanya bila merasa setiap gambar yang Miqael tangkap begitu cantik.

Sengihan suka terlepas dari mulutnya. "Cantiknya awak tangkap! Thank you." Ucapnya sebelum mata meliar melihat ke arah tumbuhan-tumbuhan yang lain.

"Any-"

"Hah! Kat sana pula!" Laju tangan Claira naik menunjuk ke arah segerombolan bunga yang berada di hujung.

Baru saja kakinya melangkah beberapa tapak baru lah dia perasan yang Miqael ingin mengatakan sesuatu tadi. Badan langsung dikalih menghadap Miqael.

"Awak nak kata apa tadi?" Soalnya sedikit merasa serba salah kerana memotong percakapan Miqael.

Kepala digeleng sedikit. "Nothing... Kau nak bergambar kat mana lagi?" Senyuman tipis diukir.

Melihat hal itu Claira mengukir senyuman senang. "Nak gambar dekat bunga-bunga kat hujung tu pula." Beritahunya kemudian senyuman lebar menampakkan barisan giginya sambil mata terpejam dihadiahkan untuk Miqael.

"Awak jalan lah cepat, jangan lambat sangat." Pesan Claira sambil melangkah pergi.

Miqael hanya diam mendengar. Faham dengan permintaan Claira. Gambar Claira yang ditangkap tadi ditatap buat beberapa saat sebelum senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Anything for you, Luna." Bisiknya sendiri sebelum mula melangkah.

"Eee... Cantiknya!" Puji Claira dengan geram.

Ingin saja dia memetik setip bunga-bunga di sini untuk dibawa pulang. Namun awal-awal lagi di pondok hadapan sudah ada papan tanda memberi amaran untuk pengunjung tidak memetik bunga-bunga di sini.

Miss Temporary PA (Hiatus)Onde histórias criam vida. Descubra agora