BAB 21

44 6 0
                                    

"Hanzel." Nama yang keluar dari bibir Claira membuatkan Miqael melirik ke arahnya seketika sebelum kembali memandang ke arah Hanzel. Sangkanya selama ini Hanzel itu kawan perempuan Claira. Dah nama pun Hanzel, Miqael.

"Lorraine pun ada sekali?" Senyuman lebar terukir di bibirnya melihat adik tiri sendiri.

"Hah! Apa kau sengih-sengih? Tak adanya, jangan memandai." Sudah tahu apa yang ada di dalam kepala kakak tirinya.

"Apa!? Aku tak cakap apa-apa pun kan. Aku senyum je mana ada sengih." Tangan naik menekup mulut sendiri. Menahan diri dari melepaskan tawa setannya.

Sejak kali pertama Claira membawa Hanzel ke rumah papanya. Kelakuan Lorraine selalu saja berubah. Dari perangai setan, tiba-tiba berubah jadi malaikat. Tapi tu dulu lah. Bila Hanzel dah kenal rapat dengan keluarganya, Lorraine lebih selesa menunjukkan sifat aslinya. Walau terkadang masih ada waktu di mana dia berlakon ayu di depan lelaki ini. Macam lah Claira tak tahu yang Lorraine ni suka pada Hanzel. Tapi lelaki itu, entah tahu atau tidak.

"Cari lah tempat duduk dulu, saya pesan minuman jap. Vanilla latte kan?" Lorraine mengangguk sebagai balasan sebelum mereka berpisah.

Laju Lorraine melangkah ke arah Claira. Miqael yang berada di tepi sempat dilirik. "Danish kan?"

Laju Claira mengetuk kepala adik tirinya.

"Sakit lah gila! Aduh... Kalau aku jadi bodoh macam mana!?" Tangan naik menggosok bahagian kepala yang terasa sakit. Tangan ke tukul tu.

"Tak hilang pun akal bijak kau tu Lorraine. Ketuk sikit je pun. By the way, ini Tuan Miqael. Kembar, Tuan Danish." Miqael dipandang. "Awak, ini Lorraine. Adik tiri saya."

Miqael hanya diam mendengar. Tidak terfikir pun ingin mengambil tahu.

Mata melirik memandang Miqael. Baru sekarang dia terasa sifat lelaki ni tak sama dengan Danish. Lebih pendiam. Kalau diingat kembali saat hari itu. Danish lebih banyak membuka mulut. Jenis banyak cakap. Suka menyakat sampaikan dia dengan Hanzel salah faham.

"Ni lah yang Danish kata bakal abang ip- hmp!" Laju Claira menekup mulut Lorraine. Badan langsung dibawa turun dari kerusi kemudian menarik Lorraine pergi.

"Kejap ya awak. Ada urusan penting jap." Menyempat dia bagitahu Miqael sebelum menarik Lorraine ke luar kafe. Dari dalam, Miqael hanya memerhati.

Tidak lama kemudian Hanzel datang bersama resit di tangan. Dengan santai dia melabuhkan duduk di atas kerusi yang di duduki Claira tadi.

Teralih mata Miqael dari memandang ke arah luar ke tempat duduk di sebelahnya. Bergerak-gerak rahangnya melihat tempat duduk Claira tadi sudah di duduki Hanzel.

"Kau memang selalu keluar dengan Claira ke?" Terlepas soalan itu dari mulut Hanzel yang menyangka Miqael sebagai Danish.

Terbit senyuman sinis di bibir Miqael. "Indeed. Every morning." Bohongnya dengan nada sinis.

Hanzel diam seketika. Tidak cemburu atau pun apa. Tangan naik mengusap belakang lehernya. Terasa janggal secara tiba-tiba kerana lagaknya tidak sama seperti mana yang Hanzel ingati. Masih tidak tahu yang lelaki ini kembar kepada Danish.

Tidak lama kemudian, Claira masuk kembali ke dalam kafe bersama Lorraine yang beriak tertekan.

"Tempat aku." Tegur Claira sambil memandang tajam ke arah Hanzel.

"Ada ruang lagi kan dekat tepi tu." Kepala dijongket sebagai isyarat menunjuk ke arah tempat duduk kosong di tepi Miqael.

Menjeling saja Claira. Tangan naik mencapai telefon dan minumannya sebelum ditarik kasar. Macam nak hempuk je lelaki ni.

Miss Temporary PA (Hiatus)Where stories live. Discover now