BAB 01

134 7 0
                                    

" The moon only glows, when kissed by the sun " - R.Queen


Telefon di atas kaunter dapur dipandang. Menanti panggilan yang entah akan datang ataupun tidak. Roti bakar disapu jem buah-buahan di pinggan dicapai. Digigit perlahan sambil mata tidak lari dari skrin telefon yang masih gelap. Sejak kemarin dia menanti panggilan telefon yang dianggap begitu penting untuk masa depannya.

Kaki dihayun ke depan dan belakang. Mulai bosan. Nafas dihela. Belum habis helahan nafasnya keluar telefon mula bercahaya dan menunjukkan panggilan masuk. Laju tangan mengambil telefon tapi tanpa sengaja tertekan pula punat merah. Habis gelabah satu badan wanita itu dibuatnya. Pantas log panggil dibuka kemudian nombor tidak bernama tadi ditekan untuk membuat panggilan kembali.

Sesaat. Dua saat. Panggilan diangkat.

"Selamat pagi Puan, Tuan. Maaf sangat-sangat saya tak sengaja tertekan butang tolak panggilan tadi. Ni panggilan dari CH Company ke?" Apa benda entah. Jarang-jarang terjadi pemanggil yang menghubungi untuk memberitahu berkenaan penerimaan kerja, dihubungi. Terbalik.

"Ya Ini panggilan dari syarikat Callium High. Saya tengah bercakap dengan cik Claira Luna Eugene ke?" Ambil kau, nama penuh sekali dia tanya.

Kepala diangguk seolah si pemanggil dapat melihatnya. "Ya puan, saya Claira Luna Eugene. Panggil Claira je." Menyempat bagitahu nama panggilan. Supaya senang lah orang kata.

"Baiklah cik Claira. Saya Clara, Pembantu Eksekutif Tuan Miqael nak bagitahu yang cik dah diterima sebagai PA Tuan Miqael."

Claira jeda seketika. Bukan dia minta kerja bahagian pembantu tadbir ke?

"Maaf puan, mencelah. Rasanya ada kesalahan ni. Hari tu saya isi bahagian pembantu tadbir, bukan pembantu peribadi." Sempat dia tersengih perlahan. Takut kena marah. Memandai pergi betulkan. Kang tak kena terima baru tahu. Tapi masalahnya benda dah salah takkan nak kena biarkan kan.

"Oh ya berkenaan tu, saya terlupa nak bagitahu. Jawatan untuk pembantu tadbir tu dah ada orang yang dapat. Saya dapat arahan dari Tuan, dia nak cik jadi P.A dia. Itu pun kalau cik berminat nak terima."

Eh dah kenapa pula? Boleh eh macam ni. Pelik bin Ajaib. Tak ni tak ajaib, ni tak masuk akal. Kening bertaut. Dahi berkerut seribu. Ingin menyoal takut tak dapat pula kerja ni. Gaji besar pula tu dari jawatan yang dia pilih. Dah lah perjanjian dia dengan Papa dia sampai hujung bulan ni je. Tak dapat kerja sampai hujung bulan kena suruh balik rumah. Tak boleh tinggal sendiri. Tak mahu dia balik ke rumah puaka itu. Serik. Dari zaman remaja hingga ke besar ada sahaja tidak kena dirinya di mata Mama tirinya. Dia pun satu. Tak nak buka mulut bagitahu papa. Tu pun sebab takut nanti dimarahi. Last last, dia pilih keluar dan tinggal kat kondominium yang papa dia beli masa kondominium ni masih dalam proses pembinaan. Beli awal-awal tak ada lah berebut nak pilih unit mana.

"Erm... Bila saya boleh masuk kerja ya Puan?" Kepalanya masih bingung. Sungguh tidak percaya dengan apa yang sedang dihadapnya saat ini. Boleh eh macam tu?

"Bila cik Claira nak?"

Telefon dijauhkan dari telinga. Skrin dipandang. Nak tengok apa? Bukan tiba-tiba tertera nama syarikat kat sana. Masalahnya ni betul ke tak panggilan ni. Entah-entah prank ye dak? Karang dia datang dekat syarikat bagitahu dia PA, CEO tiba-tiba kena halau. Tak ke malu. Esoknya keluar berita 'Perempuan gila mengaku PA Tuan Miqael Elio Fabian' malu papa dia tak nak mengaku anak.

"Puan... Ni tak main-main kan?" Terlepas juga soalan itu dari mulutnya dengan sengihan kecil di hujung kata. Tengah mimpi agaknya. Kaki menendang dinding kaunter sedikit kuat. Mendecit. Sakit lah pula. Bukan mimpi lah maknanya.

Miss Temporary PA (Hiatus)Where stories live. Discover now