BAB 20

54 7 0
                                    

"I want you."

Tidak semena-mena pipi Claira merona merah. Hampir terjatuh buku nota di tangannya.

"Ma- maksud tuan?"

"Accompany me for breakfast."

Tak guna. Pantas Claira berdehem membetulkan pegangannya pada buku nota. Dah macam apa jantung dia berdegup kencang. Macam nak tercabut. Tiba-tiba masuk bagitahu dia nak Claira. Fikirkan apa lah tadi.

"Okay... Tuan nak breakfast tempat hari tu juga ke?"

"Selenycto?"

Clair mengangguk. Perasaan teruja muncul di hatinya. Tak tinggal riak muka dia pun tayang dia tengah teruja.

Miqael tersenyum sinis bersama kerutan kecil di keningnya. Comel saja dia pandang Claira saat ini. "Kalau kau nak." Kepala Claira diusap.

Seketika suasana berubah sunyi. Tangan Miqael kaku di atas kepala Claira. Pegangan Claira pada buku nota sudah mengetat. Sengaja betul nak meletupkan jantung orang kah macam mana ni?

Tangan langsung dialihkan dari kepala Claira. "I'll wait outside." Beritahunya sebelum berlalu keluar dari sana.

Lantas Claira mencangkung dengan wajahnya ditekup dengan kedua tangan. Malu. Gila punya Boss. Macam nak keluar jantung dia bila boleh rasa degupan di leher.

"Luna."

Laju Claira bangun bila namanya disebut. "Y- ya, Tuan. Kejap." Telefon di dalam beg dicapai bersama dompet miliknya kemudian langsung melangkah ke luar.

"Simpan."

"Hah?" Terdongak kepala Claira memandang Miqael. Apa pula yang dia kena simpan.

Miqael melepaskan keluhan. Terlihat kerutan bengang di keningnya. "Left your purse, aku belanja."

"Tapi, Tu-"

"Luna."

"Ya, ya, saya simpan." Pantas Claira masuk kembali ke dalam bilik kerjanya kemudian dompet diletakkan di atas meja kerja. Sempat regusan geram dilepaskan saat tangan melepaskan dompet. Nak merengus kat depan lelaki tu, memang tak berani lah.

"Kalau aku bawa keluar pergi mana-mana. Tak payah bawa purse kau. Just count on me. Faham.?"

Terhenti tangan Claira yang ingin memakai tali pinggang. Kepala ditoleh memandang Miqael. Wajahnya yang sudah panas tidak difikirkan lagi.

"Saya ada duit sendiri." Balas Claira sedikit tegas sambil mengatup kunci tali pinggangnya.

Kini pandangannya dibalas Miqael. Tajam matanya menikam anak mata emerald milik Claira.

"I'm not asking, Luna. That's an order."

"Tuan tak boleh paksa saya. Saya ada hak buat keputusan sendiri." Dah kenapa lelaki ni. Geram saja Claira. Nak bawa bergaduh pagi-pagi macam ni, dah lah orang tak makan lagi.

"I'm your employer."

"Dekat luar syarikat, level kita setara saja, Tuan. Apa yang Tuan minta tu tak ada kena mengena dengan hal kerja. Sekali, dua Tuan nak belanja saya tak kesah. Tapi kalau nak tiap masa... Saya ni bukan kaki kikis." Nak sangat menunjuk dia ada kuasa. Orang pun boleh lah. Nak bimbang apa, duit dia pun banyak juga. Itu pun duit papa dia lah.

Miqael diam lama. "Can't i?"

Terkedu Claira. Kening Miqael yang terangkat keduanya dengan dengan kepala sedikit meneleng ke tepi buatkan Claira hilang kata. Sejak bila lelaki ni pandai pakai topeng riak muka comel ni!?

Miss Temporary PA (Hiatus)Onde histórias criam vida. Descubra agora