BAB 03

67 5 0
                                    

Waktu rehat. Claira memandang Miqael yang masih sibuk melihat dokumen dan komputer silih berganti dari cermin pemisah antara kedua bilik itu. Tak ada tinted langsung, kesah apa dia kalau lelaki tu perasan. Lelaki tu pula betul-betul workaholic seperti yang Puan Clara katakan. Tidak beralih seinci pun matanya dari kerja. Entah-entah waktu rehat dah masuk pun dia tak perasan.

Padahal kerjanya hanya perlu menandatangani dokumen yang telah selesai. Sibuk juga nak pergi periksa. Risau sangat lah tu ada kesalahan. Maybe dia tak percaya sangat dekat Puan Clara, tu yang dia check balik. Atau pun sengaja susahkan diri. Menyampah.

Dari tadi tiada apa yang dilakukan Claira melainkan memadam kesemua appointment cik Aveline dari buku nota seperti yang diarahkan Miqael. Dia kenal wanita itu. Anak kepada seorang pemilik syarikat barangan elektronik terkenal di negaranya.

Tapi taraf mereka tidak lah setara. Claira yang merupakan anak seorang pemilik syarikat penerbangan Thrones Airline lebih tinggi darjatnya berbanding keluarga Aveline. Mengapa? Kerana Thrones Airline begitu terkenal sehingga ke negara luar dan menerima jumlah penumpang yang ramai berbanding syarikat penerbangan yang lain. Hal itu menjadikan syarikat penerbangan milik papanya, Eugine Smith sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia dalam ranking yang ketiga.

Syarikat penerbangan Thrones Airline menyediakan pelbagai kemudahan kepada penumpang dan salah satunya adalah kit kemudahan untuk setiap kelas. Kit kemudahan percuma yang memastikan penumpang segar selepas penerbangan panjang adalah kegemaran penumpang. Kit yang mengandungi stokin, pelindung mata, berus gigi dan ubat gigi serta penanda buku. Kotak kit itu juga diperbuat dengan bahan kitar semula, yang menjadikannya lebih mesra alam.

Nak tahu kemudahan lain? Naik lah kapal terbang Thrones Airline. Oh lupa tak wujud HAHAHAHAHAHA.

Dah kaya, kenapa nak kerja? Kerana Claira ingin mencari pengalamannya sendiri. Dia tidak mahu mengharapkan kejayaan papanya sebagai tiket baginya untuk mencapai puncak kejayaan dengan mudah. Dan lagi-lagi wanita bernama Claira Luna ini merupakan anak sulung di dalam keluarganya. Sudah pasti keinginan mencari pengalaman sendiri membuak-buak dalam dirinya. Walau syarikat penerbangan milik papanya akan menjadi hak miliknya suatu hari nanti tapi Claira tidak mahu sekadar goyang kaki di rumah menanti hari itu tiba.

Habis dia memadam semua appointment Miqael dengan Aveline, gajet menjadi sasarannya. Dah takde kerja tengok telefon je lah.

Claira bangun dari tempat duduknya. Miqael yang sibuk tidak sedar dengan kehadiran wanita itu di tepi mejanya. Betul-betul fokus. Macam sekeliling dia kosong, gelap gelita. Komputer dengan dokumen je yang nampak.

Tok tok tok.

Seolah sedar dari dunia kerjanya, Miqael mendongak memandang Claira di sisi meja. Keningnya jelas berkerut melihat kehadiran Claira di sana. Sejak bila? Dah kata tadi kan dia tak perasan langsung. Itu lah Miqael Elio milik- ehh belum, awal lagi.

"Tuan nak saya belikan tuan makanan apa? Sekarang dah waktu rehat" Claira menyoal lembut bersama senyuman terukir di bibir. Boleh je dia tapaukan apa-apa untuk si Miqael ni tapi risau dia tak makan. Mana lah tahu tak ada alahan tapi memilih.

"Hot espresso." Mata kembali memandang dokumen di atas meja. Macam mati kalau tak tengok kerja sesaat. Dah lah minta espresso. Minuman high caffeine. Nak kerja sampai malam ke? Overtime? CEO overtime ada ke?

Claira tersenyum bengang. Terkenyit kenyit sebelah mata dia. Orang tanya makanan dia jawab minuman. Nasib kau Boss. Kalau tak... Takde apa-apa pun. Banyak pula masa dia nak ber 'kalau tak'.

"Makan tak nak?" Gelengan menjadi jawapan. Claira pasrah. Dia melangkah keluar dari bilik pejabat Miqael.

Pintu bilik Puan Clara diketuk beberapa kali. Mendengar arahan menyuruhnya masuk baru lah Claira buka pintu.

Miss Temporary PA (Hiatus)Where stories live. Discover now