BAB 10

66 7 0
                                    

"Luna!" Kedua tangan naik mencengkam lembut bahu Claira. Digoncang sedikit kuat badannya setelah Miqael menarik Claira yang tidak sedarkan diri untuk bersandar pada tempat duduk.

"Luna bangun!"

Nada suaranya bergetar. Risau dan takut menenggelamkan dirinya. Walaupun tiada sebarang pelanggaran yang terjadi. Namun saat menghentikan kereta secara mengejut tadi, kepala Claira terhempas pada dashboard tanpa sempat dia menahan dirinya. Dan airbag pada dashboard pula tidak akan aktif jika tiada impak pelanggaran dari luar.

Tidak menunggu lama, Miqael memandu keretanya untuk ke hospital berdekatan. Tidak lupa Claira dipakaikan seatbelt. Bimbang hal sama akan terjadi lagi. Walau Claira tidak terluka sekali pun namun hatinya tetap risau jika ada luka dalaman.

Riak Miqael penuh kerisauan. Claira di tepi dipandang sekejap-sekejap jika wanita itu akan terbangun. Saat ini dia merasa kesal pada dirinya yang begitu bodoh kerana tidak menjaga keselamatan Claira. Steering kereta digenggam kuat.

Saat di dalam perjalanan, Claira mengerang kecil. Mendengarkan suara Claira, Miqael langsung menoleh ke arahnya. Serta merta kereta diberhentikan buatkan badan Claira terbawa ke depan sebelum terhempas pada penyandaran kembali. Membulat besar matanya buatkan Claira seratus-peratus sedar. Betul nak matikan anak orang dia ni. Mujur Miqael memakaikan Claira seatbelt sebelum memulakan pemanduan tadi.

Badan dipusing sepenuhnya ke arah Claira.

"Luna! Kau- Kau okay tak?" Tangan Claira digenggam lalu sebelah tangannya naik mengusap dahi Claira. Mengalihkan rambut depannya yang menutupi wajah.

Claira yang tidak berfikir apa-apa langsung menepis kasar kedua tangan Miqael. Mata tajam menikam anak mata lelaki di sebelahnya. Riaknya penuh amarah.

"Awak dah gila ke hah!?" Penumbuk dikepal kuat membiarkan kukunya menikam telapak tangannya. "... Kalau jadi apa-apa tadi macam mana!?"

Riak Miqael yang kedu bila Claira meninggikan suaranya tidak dipeduli. Nyawanya lagi penting berbanding perasaan lelaki ini. Dah lah orang tak kahwin lagi!

"Luna... I'm sorry okay?" Lengan Claira cuba dicapai tapi sekali lagi ditepis kasar. Penuh benci tatapannya pada Miqael saat ini.

"Saya dah cakap hantar saya balik. Hantar saya balik! Tapi awak tak dengar! Dah jadi macam ni baru awak nak pandang saya!? Dengar saya!?" Matanya mulai bergenang. Sakit hatinya sudah tidak mampu dibendung.

Claira ingin melempiaskan segala amarahnya namun air mata tidak mahu tinggal dan turut sama mengalir. Dia benci dirinya saat ini. Claira tak suka marah. Hatinya begitu lembut untuk memarahi sesiapa. Kerana setiap kali marah air matanya akan turut sama mengalir. Amarahnya diturut sama dengan rasa bersalah. Dia benci itu.

Melihat Claira yang berang padanya buat Miqael meraup rambutnya kasar ke belakang. Memang layak pun dirinya dimarah. Dia sendiri benci pada kelakuannya tadi yang menyebabkan Claira hilang kesedarannya. Ditambah lagi dengan air mata Claira yang mengalir. Hatinya hancur. Dadanya terasa sesak ingin mengusap air mata Claira tapi dia tidak ingin menambah rasa benci wanita itu padanya.

Hujan membawa awan tebal yang menutupi bulannya.

"Aku minta maaf. Tapi-"

"Hantar saya balik! Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari Tuan." Badan kembali bersandar pada penyandaran. Pandangannya dibuang ke luar. Semakin lama dia menatap Miqael semakin panas hatinya. Sakit di kepala tidak dihiraukan. Amukannya melebihi segalanya. Dan air mata juga tidak berhenti mengalir deras.

Miqael diam buat beberapa waktu. Claira setia dipandang. Gigi diketap rapat dan riaknya sayu. Jika dia menjadi Claira, Miqael sendiri tidak akan memaafkan dirinya.

Miss Temporary PA (Hiatus)Kde žijí příběhy. Začni objevovat