BAB 04

79 7 0
                                    

"Morning pretty."

Miceila mendongak dari memandang telefonnya. Senyuman terukir di bibir melihat Claira di depan kaunter penyambut tetamu tengah tongkat dagu memandangnya bersama senyuman. "Morning too Claira. Awalnya datang."

Claira "hehe." Bangga. Hujung bibir kanan terangkat ke atas menayang senyum bangga pada dirinya. "Mesti lah. Namanya pun PA."

Miceila tergelak kecil. Claira apa lagi pegun lah. Dah senyuman cantik, orangnya pun comel. Tawa dia... Merdu mat. Terngiang-ngiang kat kepala dia. Siapa lah lelaki bertuah dapat perempuan comel ni.

"Awak dah breakfast?" Claira menyoal bila sedar dari pegunnya.

Kepala digeleng. "Awal lagi. Nanti jam 9 baru saya pergi sarapan. Awak nak ikut?"

Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Claira tayang senyuman lebar dengan kepala dianggguk teruja. "Nak!"

"Nanti saya naik atas panggil awak, ya?"

"Eh, buat susah je nak naik atas bagai..." Telefon di dalam handbag dibawa keluar. Kenalan dibuka kemudian dihulurkan kepada Miceila. "... Bagi nombor awak."

Miceila menyambut tanpa banyak soal. Nombornya diketik di atas permukaan skrin telefon Claira kemudian dihulur kembali setelah selesai.

Claira senyum. Gembira dapat nombor si Miceila. Dah serupa monyet dia sengih. Suka betul dapat berkenalan dengan penyambut tetamu comel ni. Nombor Miceila disimpan dengan nama 'Cute Eila'. Memandai bagi nama panggilan kat orang. Butang hijau membuat panggilan ditekan. Telefon Miceila di genggamannya berbunyi. Mendengarkan itu, panggilan langsung dimatikan.

"Tu nombor saya. Nanti chat saya kalau awak dah nak pergi breakfast. I'll be here in no time."

Nombor yang menghubunginya tadi dipandang. "Okay... Nak letak nama apa ni?" Kepala didongak melihat Claira kembali.

"Angel from heaven." Melihat Miceila menurut dan mula mengetik setiap huruf nama yang diberinya tadi buatkan Claira tertawa. Lurusnya budak comel ni. "... Gurau je lah. Awak letak je nama apa. Up to you."

"Ohh... okay dah." Nombor Claira diletak dengan nama 'PA Tuan Miqael'. Alahai Miceila oi. Jangan lah macam tu sekali nak letak nama orang. Ada nama perempuan tinggi lampai depat kau tu hah.

Claira angguk. "Saya naik dulu tau. Bye bye." Tangan naik melambai Miceila. Miceila pun balas dengan senyuman ramah yang tak kedekut nak bagi kat dia. Ngam sangat jadi receptionist.

Butang naik ke tingkat atas ditekan. Sambil menunggu lift turun, Claira membuka aplikasi Instagram di telefonnya. Memang lah kat telefon, takkan nak tengok Instagram kat laptop sambil berjalan pula kan.

Ting

Claira dongak bila pintu lift sudah terbuka. Baru nak melangkah, kehadiran Miqael dan kembarnya di tepi buatkan Claira terjongket bahu kerana terkejut. Tadi tak perasan pula dua kembar tu kat tepi dia.

Claira diam di tempatnya. Biar lah dua tuan besarnya itu naik dulu. Kekok pula nak ada dalam lift dengan diorang berdua. Miqael melintasinya diikuti Danish. Pintu lift ditahan Danish dengan menekan tombol membuka pintu lift di tepi. Claira dipandang.

"Tak nak masuk?" Senyuman diukir.

Claira geleng pantas. Menolak mentah-mentah. "Tuan berdua naik lah dulu." Senyuman diukir dan dibalas pula dengan senyuman senget dari Danish.

"PA, kena selalu ada dengan Tuan dia." Mendengar ayat dari Danish, Claira kedu. Miqael di tepi mendecit. Mata dipejam seketika sebelum keluhan dilepaskan lalu memandang ke tepi.

Miss Temporary PA (Hiatus)Where stories live. Discover now