BAB 11

56 6 0
                                    

Pintu rumah banglo milik Papanya dipandang lama dari dalam kereta. Mana lah tahu yang sorang tu keluar nak sambut kepulangan dia. Nafas dihela seraya tersenyum kecil. Berangan. Memang tak lah mommy tirinya nak buat macam tu.

Tadi, akibat berfikir yang papanya juga sekadar main-main dengannya saat di dalam panggilan buat Claira naik kepala menyakat lelaki itu. Tahu-tahu papa dia tengah marah betul. Dah mendapat dia kena suruh balik. Tapi bukan kena suruh pindah balik pergi rumah papa dia. Kena suruh balik sebab orang tua tu nak berdebat depan-depan. Macam lah Claira tak tahu. Rindu tu cakap je lah. Menyampah.

Tapi yang jadi masalah sekarang ni, kereta papanya tiada di perkarangan rumah atau di garage. Macam mana dia nak masuk kalau papanya jalan!?

Oh lupa, ada pembantu rumah.

Claira keluar dari keretanya. Pintu rumah diketuk beberapa kali. Dan tidak lama kemudian dibuka. Bukan pembantu rumah yang sambut dia. Tapi adik tiri dia.

"Kau!?"

"Lorraine!?"

Masing-masing angkat tangan tunjuk muka orang kat depan. Sorang dengan jari, sorang lagi dengan remote. Habis lah. Kalau dah dua orang ni berjumpa. Meletup rumah ni dengan suara nyaring diorang dua bergaduh. Ada je tak kena.

Ni pun salah satu sebab kenapa Claira angkat kaki dari rumah ni. Ada perempuan pendek menyakitkan hati ni kat sini. Pendek 4 cm je pun. Dia dengan mommy dia dua-dua buat sakit kepala Claira.

"Kau buat apa kat sini?" Nada suaranya kasar. Menyampah tengok muka kakak tirinya.

Bengang. Kalau bukan sebab kena suruh balik oleh papa, memang tak lah kau nampak dia terpacak depan rumah ni. Claira tayang senyum. Senyuman yang ketara dipaksa dengan kening berkerut kerut menahan geram. Jijik sahaja reaksi muka Lorraine melihat senyuman terpaksa kakak tirinya. Bukan jijik macam nampak benda kotor. Tapi macam 'dia ni dah kenapa?'. Hah macam tu.

"Papa suruh balik. Kenapa? Tak boleh?" Tangan disilang. Muka Lorraine ditatap lama sambil kening sebelah terangkat.

"Ye lah tu." Balas Lorraine perlahan kemudian langsung berlalu pergi ke ruang tamu kembali.

Claira melangkah masuk kemudian menutup pintu hadapan. Nak biar berbuka tak boleh. Angin kuat, nanti habuk masuk. Kesian pembantu dekat rumah ni nak kena bersihkan. Walaupun memang kerja diorang, apa salahnya meringankan. Kan?

"Papa dengan mommy pergi mana?" Soal Claira saat berada di tangga ketiga. Mata meliar ke sekitar rumah mencari adik kecilnya. Mana lah tahu tak ikut juga. Claira rindu nak peluk budak kecil tu.

"Don't know."

Terlepas keluhan dari bibir Claira mendengar balasan datar dari Lorraine. Gadis itu sedang sibuk menonton drama. Mungkin sebab tu lah kot dia tak ikut jalan. Kalau tak, mana nak tinggal perempuan ni.

"Abigail?"

Merengus. "Kau tak nampak kan dia kat rumah. Maknanya dia ikut lah. Lembab lah kau ni." Kusut Lorraine mendengar soalan dari Claira. Kepalanya digaru dengan hujung remote.

"Aku tanya je kan?"

"Masalahnya-'

"Diam lah."

Pantas Lorraine bangun dari sofa dan menghadap Claira di tangga. "Apa kau cakap?" Matanya tajam menikam anak mata Claira. Mukanya pula tunjuk riak bengis. Short temper betul.

Claira bereaksi biasa. Buat seketika senyuman terukir di bibirnya. Dia tak takut. Tatapan mata Miqael lagi buat dia tak senang duduk berbanding tatapan Lorraine. Boleh pula teringat dekat lelaki tu masa-masa ni.

Miss Temporary PA (Hiatus)Where stories live. Discover now