BAB 07

65 6 0
                                    

"Why would you even do that?" Keluhan dilepaskan. Banyak pula darah keluar mengalir dekat bibir Claira. Dalam sangat kot dia gigit. Dah macam luka terkoyak.

"Tunduk."

"Hah? Kenapa nak tunduk?" Soal Claira. Miqael dipandang dari hujung mata sambil kepala diturutkan juga untuk menunduk sedikit.

"Supaya kau tak telan darah yang keluar." Lama Miqael pandang bibir Claira yang berdarah. Rasa-rasa kalau dia pagut dengan alasan nak buang darah tu kena terima tak? Tapi risau pula Claira panggil dia pengotor. Dia fikir dia Dracula? Jauh-jauh dia buang fikiran tak masuk akal dia. Terlalu di luar kotak ya Encik Miqael :)

Claira angguk faham. Tapi kalau dia biar keluar, nak tadah macam mana? Baru sahaja dia ingin menekup bibirnya dengan tangan sendiri, Miqael terlebih dahulu menarik ke depan hujung lengan bajunya kemudian darah yang mengalir dikesat. Terbuntang mata Claira.

"Tuan, kotor lah!" Tangan Miqael digenggam kemudian dialihkan.

Miqael pandang Claira dengan kening berkerut. "Baju boleh cuci kan." Tangan berura ingin mengesat bibir Claira lagi tapi pantas ditepis.

"Mulut saya pun boleh cuci juga." Cepat-cepat Claira bangun dari sofa loveseat kemudian melangkah ke arah sinki dapur untuk berkumur.

Mata hanya mengikuti tubuh Claira melintasinya. Keluhan dilepaskan. Orang nak tolong pun salah. Miqael bangun dari duduknya kemudian turut sama ke dapur. Kotak tisu yang berada di dalam kabinet atas sinki dicapai. Sinki rumah banglo Miqael ada dua. Claira berkumur dekat sinki sebelah kiri. Kabinet ada kotak tisu pula dekat atas sinki kanan.

Kotak tisu diletakkan di atas jubin sinki setelah bahagian atasnya dibuka. Takkan aku nak bagi dia tisu gulung untuk lap minyak. Memang lah tisu lembut tu.

"Thanks" Ucap Claira menarik sehelai tisu. Belum sempat dia guna tisu tu, Miqael tarik dulu dari tangan dia. Pipi Claira dicengkam lembut kemudian muka dia Miqael dongakkan. Claira terkedu. Miqael tak peduli. Dia hanya mengelap sekitar bibir Claira dengan lembut tanpa mempedulikan apa reaksi dari Claira.

Merona merah muka Claira bila Miqael tolong lapkan bibir dia. Cardigannya dia genggam kuat nak hilangkan gugup.

Dan masa ni lah nafsu Miqael tercabar. Memandangkan Claira menggunakan crop top dan cardigan, lurah dadanya dapat dilihat jelas oleh Miqael bila lelaki tu menunduk untuk mengelap bibir Claira. Bergerak-gerak rahang Miqael menagan diri. Selesai mengelap bibir Claira, pantas cengkamannya di pipi Claira dilepaskan. Tong sampah di bawah sinki dipijak sehingga tutupnya terbuka kemudian tisu tadi dibuang.

"Go home" arah Miqael sekali. Dadanya turun naik. Ketapan giginya semakin kuat.

Claira kedu. Mata mengikuti tubuh badan Miqael yang sudah berlalu keluar dari dapur. Nasib lah kena suruh balik. Memang dia nak balik pun. Claira masuk kembali ke ruang tamu namun kelibat Miqael tiada di sana. Kunci kereta dan telefon di atas meja kopi dicapai. Nak tunggu ke lagi? Kan nak minta izin balik. Tapi takkan Miqael dah pergi tidur. Telefon dihidupkan. Dah pukul 11 lebih. Whatsapp dibuka ingin menghantar mesej kepada Miqael tapi belum sempat dia menaip, Miqael turun dari tingkat atas bersama helmet.

"Tuan nak jalan ke?" Soal Claira bila Miqael sudah berdiri di pintu utama yang belum dibuka.

"Hantar kau." Balasnya. Muka Claira dia tak pandang. Meja kopi yang dia pandang. Risau lagi dia tengok muka Claira, lagi payah dia nak tahan diri.

Claira berkerut kening. "Tapi kan, Tuan... Saya ada kereta. Kalau tuan hantar guna motor, habis kereta saya macam mana?"

"Kau nampak aku bawa 2 helmet?" Soal Miqael sambil mengangkat helmet hitam dengan beberapa garis merah padanya.

Miss Temporary PA (Hiatus)Where stories live. Discover now