BAB 02

82 6 0
                                    

Ting.

Lift berhenti tepat di tingkat 15. Pintu terbuka perlahan. Claira melangkah keluar tanpa diikuti Miceila.

"Saya boleh hantar awak sampai sini je. Lepas ni awak kena jalan straight kat hujung tu lepas tu belok kanan. Jangan belok kiri. Kiri tu nak pergi tandas." Menyempat lagi kau melawak eh.

"...Bilik Puan Clara kat sebelah kanan, betul-betul kat depan bilik Tuan Miqael. Awak jumpa dia lah dulu. Tanya apa-apa yang patut." Miceila memberitahu sambil jari telunjuknya ditekan lama pada butang untuk membuka pintu lift kat tepi.

Claira mengangguk. "Thank you, pretty." Akhirnya keluar juga pujian tu dari mulut dia. Dari bawah tadi dia tahan nak memuji. Tangan naik melambai Miceila. Menyempat.

Miceila tersenyum manis mendengar pujian Claira. Sedikit sebanyak selesa juga dengan sikap Claira yang bersahaja. Kepala diangguk sekali. "You're most welcome Claira."

Tertutup sahaja pintu lift. Claira menarik nafas dalam sebelum kaki mula menapak melalui jalan yang diberitahu Miceila tadi. Sampai di hadapan sebuah bilik, sempat dia berpaling ke pintu besar di depan bilik Puan Clara. Pintu besar dah macam pintu nak masuk istana. Menyempat lagi dia mengomel. Pintu bilik Puan Clara diketuk.

"Masuk."

Perlahan pintu dibuka. Kepala dijenguk ke dalam mencari kelibat Puan Clara. Tiada. Tapi tadi ada suara suruh masuk.

"Cik Claira Luna?"

Lah. Patut ruang nampak kecik. Kat belakang pintu rupanya yang selebihnya. Claira tersengih kecil kemudian masuk ke dalam.

"Ya saya Claira Luna, Puan."

"Duduk dulu. Tuan Miqael belum sampai. Jadi saya terangkan dulu kerja-kerja awak kat sini." Kaca mata dibetulkan. Senyuman dilemparkan dihujung kata.

Claira mengangguk seketika sebelum teringat sesuatu. "Puan, sebelum Puan bagi penerangan pasal kerja saya. Boleh saya tanya sesuatu?"

"Silakan." Senyuman tak lekang di bibir. Perhatian diberi sepenuhnya pada Claira. Mana tahu soalan matematik tak betul pula jawapannya nanti sebab tak dengar soalan.

"Saya tak perlu di interview ke?" Jawapan wanita yang sedikit berusia didepannya menjadi penentu jawapan bagi soalan yang difikirkan Claira.

Kepala digeleng. "Arahan Tuan Miqael cuma minta saya bagitahu awak yang jawatan PA dia awak yang akan pegang. Dia tak cakap pasal perlu interview bagai."

Dah agak. Orang tua kat rumah utama tu yang jadi punca dia dapat jawatan ni. Penumbuk dikepal. Sedikit bengang bila papanya masih sahaja cuba membantunya dalam segala hal. Padahal hari tu bukan main bagi syarat tak dapat kerja dalam sebulan kena duduk rumah banglo balik. Ni tiba-tiba pula kena tolong dapatkan kerja. Jawatan bergaji tinggi pula tu. Padahal yang dia isi hanya jawatan yang bergaji cukup-cukup makan sahaja. Itu pun sudah memadai bagi Claira. Apa salahnya mula dari bawah. Siap lah orang tua tu nanti.

"Ada lagi soalan cik Claira?"

Claira menggeleng bersama senyuman. Dah dapat jawapan nak tanya apa lagi. Dengar skop kerja sahaja lah.

"Tahu kan kerja PA macam mana?" Soal Puan Clara sambil mengeluarkan sebuah buku dari laci mejanya. Buku yang nanti akan jadi panduan untuk Claira. Senang lah sikit kerja wanita yang akan menjadi PA Tuan mudanya tu nanti. Tak ada lah runsing kepala dia nak buat apa.

Claira hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Tapi kalau kamu dah tahu pun saya terpaksa juga terangkan. Dah macam tu kerja saya." Keluhan dilepaskan Puan Clara.

Miss Temporary PA (Hiatus)Where stories live. Discover now