BAB 08

60 7 0
                                    

Claira melangkah masuk ke lobby setelah 20 minit meluang masa di kafe seberang jalan. Sempat dia singgah kaunter receptionist nak tegur Miceila. Dalam masa yang sama nak lambat lambat naik atas.

"Eila." Secawan iced matcha latte diletakkan di atas kaunter bersama straw. Air yang sama Miceila pesan tempoh hari di kafe yang sama.

Miceila dongak memandang orang yang memanggilnya. Tidak lama kemudian senyumannya melebar bila melihat Claira.

"Cepatnya balik. Eh? Apa ni." Memudar senyumannya melihat air yang diletakkan Claira di atas kaunter. Dah terang bersuluh cik adik. Air tu untuk awak.

"Yours."

Miceila kerut kening. "Buat apa belikan? Susahkan awak je. Jap saya bayar." Tangan berura mencapai purse di dalam beg tangannya.

"No need..." Terhenti tangan Miceila. Claira dipandang. "Anggap tu ucapan terima kasih saya sebab awak tunjukkan jalan pergi bilik Tuan Miqael."

Mencebik bibir Miceila mendengar balasan Claira. Claira hanya mengukir senyum. Comel-comel macam ni, mana tak angau si Danish tu.

"Takpe... Dah alang-alang pergi kafe hari tu, saya belikan sekali."

Tambah Miceila merasa serba salah. "Sorry tak dapat temankan pergi kafe." Kepala menunduk ke bawah.

Claira geleng. "Hey...It's okay saya ikhlas. By the way esok jangan lupa tau. Nak saya jemput?"

Pantas Miceila mendongak menggelengkan kepalanya. "Eh! Tak payah... Kita jumpa dekat sana je." Kedua tangan melambai sebagai isyarat menolak. Malu dia rasa bila Claira nak ambil dia. Dah lah kena bagi beli air. Rasa macam dia susahkan Claira. Alolo comelnya dia.

Claira menyengetkan sedikit kepalanya. "Betul niii?" Meleret suaranya menyoal. Kening terangkat keduanya bersama senyuman.

Miceila angguk yakin. Melihat balasan Miceila, Claira hanya cebik bibirnya sedikit bersama anggukan.

"Yelah... Kalau ubah fikiran call saya tau."

"Hmm." Miceila angguk. Claira mengukir senyuman sebagai balasan. Tapi terlihat kelat senyumannya di pandangan Miceila.

"Claira."

"Hmm?" Mata memandang ke arah Miceila yang sudah berdiri. Tangan Miceila yang naik menekup dahinya dibiarkan sahaja. Comelnya ambil berat pasal orang. Geram je Claira nak cubit pipi dia.

"Awak okay tak ni? Lesu je." Reaksi Miceila ketara menunjukkan yang dia tengah risau.

Claira angguk. Tak nak susahkan hati anak kucing comel kat depan dia. "Okay je... Kenapa?" Sedaya upaya riak mukanya menayangkan yang dia baik-baik sahaja.

Miceila diam. Bibir dikemam seketika sebelum dibuka untuk mengatakan sesuatu. "Kalau awak rasa tak okay bagitahu saya tau? Nanti saya belikan apa-apa yang boleh legakan awak. Okay?"

Tergelak kecil Claira mendengar apa yang dikatakan Miceila. Rasa terharu bila wanita ini mengambil berat terhadapnya.

Kepala diangguk sebelum pamit. "Saya naik dulu tau. Bye bye pretty."

Tersenyum Miceila mendengar pujian Claira sebelum dia mengangkat tangannya untuk melambai. Bila Claira sudah jauh, Pipinya yang terasa panas ditekup. Malu bila dipuji.

Baru sahaja Claira ingin menekan butang naik ke atas, pintu lift sudah terbuka. Dan Danish berada di dalam dengan reaksi cemas. Dah kenapa? Ada hantu muncul ke kat dalam?

Tidak lama kemudian matanya meluas melihat Claira di depan. "Claira! Great! Tak ada lah jauh-jauh aku nak cari kau." Separuh badannya dibawa keluar sebelum lengan Claira ditarik untuk masuk ke dalam lift. Sempat mata dia memandang ke arah kaunter receptionist. Nak tengok buah hati.

Miss Temporary PA (Hiatus)Where stories live. Discover now