"Bangun, jangan tidur lagi. Bangun lepastu solat okay?" soalku dengan senyuman walaupun dia berada dihujung sana. Suara garaunya masih membuatkan aku rasa tidak keruan.

"Alright sayang..."

Panggilan terus aku matikan dan telefon aku terus campak ke atas katil. Rasa tidak tahan dengan perasaan sekarang ini, dia membuatkan aku tidak keruan dan ingin lompat bangunan sahaja.

'Sayang...'

Bersama suaranya yang garau, panggilan itumasih lagi terngiang didalam fikiranku. Ini baru sahaja call, belum lagi berdepan!

MUA yang sepatutnya menyiapkanku hanya memandang kerdipan dimata, memandangku dengan pandangan tidak percaya. Telefon yang berada diatas katil aku ambil kembali sebelum senyuman tidak bersalah aku ukirkan.

Nayla Marissa p.o.v : end

Majlis yang dipenuhi oleh sanak saudara dan juga beberapa kenalan rapat membuatkan Nayla menjadi cemas dan berdebar. Dari kejauhan, kelibat seseorang menangkap penglihatannya.

"Nurulia!" jerit Nayla dengan penuh teruja, langsung tiada malu. Nurulia yang berada di hadapan pintu masuk membuatkan Nayla semakin teruja. Pantas kaki melangkah ke arah wanita itu.

"Nayla!"

"Nurulia!"

Naqieb yang berada dibelakang wanit itu hanya dibiarkan. Tempat Nurulia ditunjuk sebelum Tuan Affendy menarik tangan anak gadisnya untuk duduk diatas pelamin. Nayla yang malu dengan tindakannya sendiri hanya tersenyum lebar.

Majlis yang berjalan lancar membuatkan tetamu semakin teruja. Hazriel yang berada ditempat duduk sebelah Naqieb membuatkan Nayla semakin tidak keruan. Wajah tampan jejaka itu membuatkan dia semakin tidak keruan dan itu membuatkan dia semakin lama semakin tidak senang duduk.

"Seronok kau eh"

Hazriel memandang ke arah Naqieb dengan senyuman bagaikan kambing. Peha lelaki itu ditepuk dengan kuat. Rasa suka dan bahagia yang berada didalam dirinya membuatkan Naqieb rasa ingin melempang.

"Alah, sikit je, kau dulu pun macam tu kan?"

"Eh eh, kau samakan diri kau dengan aku. Tepek kau kang..."

"Sebab kita lelaki"

"Habistu aku ni ponda-"

Secara tiba-tiba, Nayla dan Nurulia datang ke arah mereka berdua. Wajah Nayla yang berada dihadapannya kini membuatkan dia binggung. Apa yang ingin gadis ini inginkan.

"Nak apa Nayla sayang?"

Wajah Nayla direnug dalam. Wajah Nurulia juga direnung, apa yang ingin disampaikan oleh kedua wanita ini.

"Encik Haz, Nayla rasakan..."

Hazriel menjungkit kening kanannya dengan wajah yang sedikit serius. Apa yang ingin diminta oleh gadis ini.

"Rasa apa Naya sayang?"

"Nayla nak makan angs-"

Habis tersembur air yang berada didalam mulut Naqieb ke arah Hazriel, terkejut mendengar permintaan gadis ini. Wajah iaterinya terus direnung, risau pula ingin mendengar permintaan isterinya.

"Nurul pun...nak makan angsa..."

Sekali lagi air itu tersembur ke wajah Hazriel. Kain tuala kecil diambil lalu percikan air yang berada diwajahnya terus diseka lembut. Naqieb yang berada disebelahnya terus direnung dengan jelingan tajam, geram.

Hazriel yang sedang mengelap wajahnya terus ditarik oleh Naqieb dengan senyuman terpaksa.

"Kau nak bawa aku kemana?"

"Kita lari"

Belum sempat mereka berdua melangkah keluar dari dewan, terus sahaja Nayla dan Nurulia menolak kedua mreka ke dalam kandang angsa yang berada dihadapan mereka. Majlis tunang yang sepatutnya indah terus bertukar kelam kabut disaat Hazriel dan Naqieb mula berkejaran mengejar angsa.

"Tangkap angsa tu, Qieb!!"

"Macam mana nak tangkap?! Aku mana reti wey!!"

Kelam kabut majlis pertunangan antara Tengku Hazriel Asytar dan juga Nayla Marissa. Angsa yang dikejar semakin lama semakin laju, begitu juga langkah mereka berdua. Nayla dan Nurulia hanya meletuskan tawa.

Tidak sangka yang mereka akan dapat angsa segar dari kesayangan serta pujaan hati. Hazreil dann Naqieb yang sedang berkejaran bersama angsa itu menarik perhatian para tetamu juga. Jelas kedengaran gelak tawa para tetamu dan juga ahli keluarga yang lain.

"Tangkap Qieb!!"

"Aku kejar ni Haz!!"

Penat? Demi kesayangan, apalah nasib kedua lelaki ini, demi pujaan hati dan kesayangan, mereka sanggup.

Ya Allah, semoga apa yang kami impikan akan tercapai dengan usaha kami. Semoga apa yang kami inginkan dicapai melalui cara yang halal, Ya Allah. Semoga kami sentiasa kekal dijalanmu Ya Allah. Semoga kami tidak tersasar jauh dari jalan benarmu. Semoga segala rezeki yang halal kami cara, ilmu yang ditimba juga halal dan menepati segala cara dan tidak tersasar.

Aamiin.

.
.
.
.
to be continued

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now