Syaf memeluk kakaknya dan cuba menenangkan kakaknya. Apa yang harus dia lakukan untuk kembalikan Zahra semula?

****

Syaf memberhentikan keretanya dihadapan pagar Resedensi Mation. Zahra membuka pintu kereta dan keluar ingin masuk kedalam namun langkahnya terhenti apabila seorang lelaki india menahannya.

" Maaf Puan, ini siapa ya? Kamu tak boleh masuk sesukahati. " Ujar lelaki india itu.

Zahra merenung pelik. Dia mengeluarkan id card premium. Khas untuk Puan Muda Mation. Lelaki india itu melihat dan mengerutkan keningnya.

" Maaf Puan, card ni invalid. " Zahra terkedu.

" Invalid? Maksud awak apa? " Syaf segera keluar dari kereta dan mendekati kakaknya.

" Tak boleh Puan! Card ni invalid. Jadinya Puan tak ada permission untuk masuk kedalam Resedensi ni. " Ujar lelaki itu.

" Hey! Saya Puan Muda! Saya ada hak untuk masuk! " Zahra ingin melangkah juga masuk namun lelaki india itu menghalang.

" Puan nak kata ini Resedensi Mation ke? " Soal lelaki itu.

" Iyelah! Ini keluarga Mation! Saya sebahagian dari keluarga Mation! " Tegas Zahra bersuara.

" Maaf puan, Resedensi ini telah dijual. Owner keluarga Mation dah pindah. Jadinya mereka telah keluar dan sekarang Resedensi ini bukan milik mereka memandangkan boss saya dah beli. " Ujar lelaki itu.

Zahra dan Syaf saling berpandangan. Mereka terkejut. Mustahil mereka sekeluarga menjual Mation ini. Ini adalah peninggalan keluarga Mation! Dari zaman datuk Mation lagi.

" Mustahil! Azka tak akan jual Resedensi ni! " Zahra masih lagi menindakkan. Dia yakin ini adalah salah satu rancangan Azka untuk tidak berjumpa dengannya.

" Hai Zahra! " Sergius mendekati Zahra. Dia mengisyaratkan kepada pekerjanya untuk melepaskan Zahra.

" Are you.."

" Sergius. " Zahra memerhati langkah Sergius. Sergius dari arah dalam Resedensi.

" I suka konsep Resedensi ni. Cantik. Masa Azka nak jual I tak fikir apa. Terus setuju untuk beli Resedensi ni. " Zahra tergamam.

Jadi memang betul Azka jual Resedensi ini. Kenapa Azka buat keputusan sampai macam tu sekali?!

" Oh by the way, Azka mana? I try to contact him but the number not in service. " Syaf mengerutkan keningnya.

Zahra mengeluarkan telefonnya dan menghubungi nombor telefon Azka. Ya! Tiada dalam perkhidmatan.

Allah. Apa yang Azka buat lagi kali ini? Zahra meninggalkan Sergius yang terpinga.

" Zahra! " Panggil Sergius tapi tidak diendahkan oleh Zahra.

Syaf membiarkan Zahra yang memandu. Dia tidak tahu tujuan Zahra ke mana.

Airmata Zahra menitis perlahan. Fikirannya membayangkan Azka. Tubuhnya masih lagi menggeletar menahan sakit.

Lufti dijaga oleh adik iparnya. Begitu juga anak-anak Syaf. Maafkan mama sayang, mama cari papa. Mama nak papa.

Biarlah orang kata dia perigi mencari timba. Itu suaminya. Dia masih sayangkan Azka walaupun Azka sudah meninggalkannya. Dia tidak terlewat lagi untuk selamatkan rumah tangganya.

Kereta diberhentikan dihadapan pintu pagar besar yang tertulis 'Resedensi Bryans'.

Zahra berdiri dihadapan pagar besar itu. Sunyi!

CDTM 2Where stories live. Discover now