"T-tapi kotor lah tuala ni. Bekas saya lap peluh la,"balas Sabiha. Tuala sederhana kecil disorok di belakang badan.

Gila ke nak bagi orang pegang tuala bekas peluhnya?

"Dah tu? Hang nak duduk bertenggek dekat atas tu sampai bila?" bidas Adam geram. Adam sudah berpeluk tubuh. Menahan sabar. Lembab pula dia ni lepas kena ligan dengan anjing.

Sabiha berdehem sebelum teragak-agak menghulur tuala sederhana kecilnya kepada Adam. Adam terus menarik tuala itu dari pegangan Sabiha.

Tuala itu terus dikoyak dua dengan selamba. Meluas mata Sabiha.

"Awak!" Jerit Sabiha terkejut. Adam mengabaikan saja.

Tuala itu dililit menutup tangannya kedua-dua belah. Setelah itu, kedua-dua tangannya dihulur ke depan. Bersedia menyambut Sabiha.

"Jump," arah Adam.

"Ha?" Sabiha masih dengan terpinga-pinganya.

Adam mendengus kasar. Geram aje dia dengan Sabiha sekarang. Rasa nak humban dalam tong sampah kitar semula aje.

"I said jump. Cepatlah. Lambat aku tinggal ja hang dok ataih tu," kata Adam dengan kasar.

Sabiha meneguk liurnya. Masih dilema. Nak ke tak nak? Kalau tak nak nanti sampai Abang Jamil mampus pun dia duduk atas ni.

Dengan teragak-agak dia mengalih tubuhnya berhadap dengan Adam. Tangan dihulur ke depan bersedia untuk melompat ke bawah.

"Macam mana kalau tersasar?" Tangan dijatuhkan ke sisi semula.

"You won't. I will catch you. Just put your trust on me," pujuk Adam tenang. Sabiha kembali mengangkat tangan ke depan. Sejujurnya ayat Adam itu menyebabkan perut mula diserang dengan rama-rama berkepak ceria.

"Janji eh?" Adam angguk saja.

Nafas dalam diambil sebelum dia melompat ke bawah. Mata dipejam rapat. Rahang diketap.

"I got you!"  Dia selamat mendarat ke dalam dakapan Adam. Pelukan tidak dilepaskan terus.

Terasa seperti Adam tiada tanda mahu melepaskan dia, Sabiha berdehem sekali dengan tangan menepuk belakang badan Adam perlahan.

Adam segera melepaskan pelukannya.

"Terima kasih," kata Sabiha janggal. Adam angguk sambil tangan menggosok belakang leher.

Malu beb!

"Adam? Sabiha? okey ke?" Pasangan itu terus pusing ke arah ibu Sabiha.

"Okey, ibu," jawab Adam dan melangkah mendekati ibu Sabiha di muka pintu.

"I-ibu?" kata Sabiha perlahan.

Sejak bila ibu ada anak lelaki? Takkan Adam itu abangnya yang terpisah lama?

Hesh! mustahil!

Kaki dihayun masuk ke dalam rumah.

"Ib-" Ayat tergantung. Mata dia membulat buat kesekian kalinya.

Kejutan apakah ini?

"Masuk, Biha. Tu tetamu tu... Pergi salam."

Mata tertancap pada susuk tubuh Adam yang duduk bersebelahan dengan dua orang tua sebaya ibunya. Mata turun pula pada tangan Adam.

Masih berbalut. Dah kenapa mamat ni? Bekas peluh dia kut!

Langkah sopan diatur ke arah dua orang tua itu.

"Makcik. Pakcik," sapa Sabiha hormat dengan senyum ceria. Tangan wanita tua sebelah Adam dicium hormat.

"Ni parents Adam. Dia orang datang nak meminang Biha," kata ayah Sabiha.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now