"Iya lah abang sayang. Nanti beli yang baru untuk Nayla." Hud sengih suka dan menayang mini love kepada Nayla.

Hampir satu jam juga mereka berborak sebelum Nayla menguap besar.

"Tutup mulut lah. Syaitan masuk nanti." Nayla sengih sumbing apabila ditegur suaminya.

"Dah cuci muka dah?" Nayla angguk.

"Now lipat telekung semua."

"Abang tolong buatkan." Mata dikerdip beberapa kali.

Hud mengeluh.

"Kalau abang ada kat situ memang abang buat. You know it sayang." Hud mengguling matanya.

Nayla menayang senyum tipis. Tangan bergerak mengemas persalinan solatnya.

"Done!"

"Good. Pergi basuh kaki dan baring. Abang dodoi sayang nak?" Sudah lama dia tidak dodoikan isterinya.

"Tidur dengan abang?" Hud angguk laju.

Wajah Nayla terus bersinar dan terus lakukan apa yang disuruh. Hud hanya menanti dengan sabar.

Siap saja baring di katil, telefonnya disendengkan ke bantal tidur suaminya. Badan mengiring menghadap skrin telefon yang masih terpampang wajah kacak Hud. Terlihat Hud juga sudah berbaring di katilnya.

"Recite dua, precious." Mereka membaca doa tidur bersama.

"Close your eyes. Belai baby untuk abang ya sayang." Tangan Nayla terus naik ke perutnya. Dibelai lembut perut boyot itu.
Mata masih merenung skrin telefon. Tak puas lagi menatap wajah itu.

"Close your eyes, Deena." Nayla menggeleng. Hud mengeluh. Rambut diraup ke belakang.

"Tutup mata, isteri saya. Esok abang call lagi." pujuk Hud.

"Janji." Hud angguk mengiyakan. Dapat saja jawapan yang diinginkan terus mata hazel itu terkatup rapat. Telinganya disapa dengan alunan surah Mariam diikuti surah Yusuf dan Al-Mulk merdu dari suara garau Hud.

Tenang. Tenang sehingga tidak sedar bila tangannya berhenti mengusap perut dan terlelap.

Dengar saja dengkuran halus dari isterinya, Hud tersenyum tipis. Terbias wajah polos Nayla yang sudah nyenyak tidur. Butang screenshot ditekan.

"Sleep tight kesayangan Hud. Sweet dream. Mimpikan abang. I love you. Tunggu abang balik, babies," bisiknya perlahan. Skrin telefon dicium sekejap sebelum dia menamatkan panggilan.

Babies. My babies. My big baby and small baby. Senyuman manis terukir dibibir Hud. Matanya kemudian di pejam rapat.

*****

"Kandungan puan sihat dan aktif. Saya akan prescribe add-on a few supplements untuk trimester terakhir. Pastikan puan makan ya. Hmm. Okey. Tak ada apa dah. Nanti buat payment di kaunter dan ambil ubat." Doktor perempuan itu membelek dokumen Nayla dan rekod serba sedikit di buku pink. Kemudian diserahkan kepada Nayla.

"Alhamdulillah. Terima kasih doktor." Nayla, Dhia dan Datin Fatima bangun dan beredar keluar dari bilik pemeriksaan itu. Tiga orang pergi check up satu perut. Ini Hud tak ada lagi. Mahunya penuh bilik doktor tu.

Tiga orang wanita itu duduk di tempat menunggu. Dari awal lagi dia dan Hud bersetuju untuk tidak mengetahui jantina bayi mereka. Katanya mahukan kejutan. Baju bayi baru saja beli beberapa pasang. Hud mahu membeli selepas dia habis kerja nanti. Nayla hanya ikutkan sahaja. Asalkan suaminya bahagia.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now