"Hmm."

"Abangg," rengek Nayla manja.

Hud gumam lagi.

"Nayla rindu."

"Hmm."

"Hud Haydar!"

"Ya isteri saya." Laju Hud menjawab. Bibir sudah koyak lebar dengan senyuman manis. Lama tak mengusik si isteri.

"Nayla rindu abang," rengeknya. Geram bila Hud hanya membalas begitu.

"Hmm."

"Ish! Malas lah. Bye." Baru saja jari mahu menamatkan panggilan, Hud terus menjawab.

"I miss you too, baby." Nayla mencebik. Telefon didekatkan kembali ke telinga.

"Lambat lagi ke abang?"

Hud hanya senyum kelat. Hatinya semamangnya berat mahu meninggalkan Nayla sejak awal lagi. Bukan apa, dia risau akan isterinya saja. Tambahan pula Nayla sedang berbadan dua, lagi lah dia risau. Sudah lah memang semula jadi sifat clumsy dan manja Nayla ni.

"Tak lama dah sayang. Kejap aje lagi. Sabar ya. Jaga hati dan diri sayang untuk abang. InsyaAllah Deena sentiasa ada dalam hati dan doa abang. Tunggu abang balik ya sayang. Doa yang baik-baik saja okey." Cuba memujuk Nayla dan dirinya.

"Abang dah kena masuk dah ni. Bye sayang. I love you. See you soon. Take care. Assalamualaikum."

Nayla menjawab salam sebelum menamatkan panggilan. Ditenung skrin telefonnya tak lepas.

Tubuh dibaringkan di atas sofa. Mata dipejam rapat.

Ya Tuhan, Kau lindungilah perjalanan suamiku.

Hatinya berdoa. Abang sentiasa dalam hati dan doa Nayla. Always. Dada kiri ditepuk perlahan. Akhirnya dia tertidur di situ.

Dhia melangkah masuk ke dalam rumah bersama Mak Cik Sarima. Langkah mereka mati apabila melihat susuk tubuh Nayla yang tidur di sofa. Mereka memandang kesian Nayla.

Begitulah keadaan Nayla semasa berada di kampung. Kalau tidak termenung, dia akan tidur tak pun membaca novel. Kerja-kerja ringan saja yang dia boleh lakukan. Malam saja, Nayla akan tidur awal. Jam 4 pagi dia sudah berjaga. Dilakukan qiammullail berseorangan. Kekadang Dhia akan turut serta.

"Dhia nak bersihkan diri dulu, tokma. Melekit dah badan ni." Tokma angguk. Kaki diatur ke arah Nayla. Dielus lembut kepala cucu tunggalnya itu. Dia kenal sangat cucunya ini. Seorang yang manja. Seorang yang suka memendam rasa.

"Tokma, Nayla nak aiskrim tapi abang tak bagi" Bibir comel dicebik. Air mata tunggu masa untuk tumpah.

"Pergi ambil dalam peti," arah tokma sambil tangan menyiang ikan.

"Nayla pendek la tokma. Mana sampai." Kaki terjengket mahu membuka pintu atad peti sejuk. Muncung itiknya sudah sedepa. Tergelak kecil Mak Cik Sarima melihat telatah cucunya.

"Sat. Nak warna apa?" Beberapa batang aiskrim Malaysia dikeluarkan dari peti sejuk.

Kanak-kanak kecil itu mengurut dagu berfikir mahu perisa apa.

"Nayla nak yang warna pink, tokma." Aiskrim perisa strawberi diberi kepada cucunya setelah membuka ikatan di hujung plastik itu. Bersorak gembira budak kecil itu selepas dapat aiskrim.

"Abang! Nayla pun dapat aiskrim." Nayla terus berlari ke abangnya dengan muka bangga.

Dia bersyukur cucunya dikurniakan suami yang manjakan dan layan cucunya dengan kasih sayang. Lamunannya terhenti. Tangan berhenti mengelus kepala Nayla pabila tubuh itu bergerak sedikit kerana terasa diganggu. Kemudian tubuh tua itu bergerak menuju ke bilik tidur untuk bersihkan diri setelah memastikan pintu rumah dikunci selamat.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now