"Macam ni lah isteri Hud." Tubuh Nayla dipeluk erat dan digoyang ke kiri dan ke kanan.


Pintu kereta ditutup rapat. Cermin tingkap pemandu diturunkan. Hud merendahkan tubuhnya separas dengan tempat pemandu.

"Jaga diri, jaga hati, jaga mata, jaga solat. Ingat apa yang abang selalu pesan. Jaga baby baik-baik. Abang love you. Tunggu abang balik ya," bisik Hud di telinga kanan Nayla. Belakang kepala Nayla dielus. Dahi licin isterinya dikucup kejap. Nayla hanya mengangguk.

"Safe drive. Kalau rasa mengantuk atau penat, tukar dengan Dhia. Dah sampai terus inform abang. Jangan lupa." Tangan Hud disalam.

"Tak nak nangis dah." Kepala Nayla di belai lembut.

Badannya ditegakkan.

"Dhia. Jaga isteri along elok-elok." Sempat memberi pesanan kepada adiknya.

"Ya. Along pun safe flight esok."

Hud mengundur sedikit ke belakang. Nayla menatap seketika wajah Hud sambil melambai tangan kepada Hud sebelum cermin tingkap kereta dinaikkan. Bismillah dibaca sambil tangan mula menurunkan brek tangan dan kereta Myvi hitam itu meluncur perlahan keluar dari perkarangan rumah.

Hud memandang sepi kereta isterinya yang baru berlalu keluar. Pintu pagar ditutup menggunakan alat kawalan jauh.
Dalam hati berdoa supaya isterinya baik-baik saja. Tidak pernah dia membiarkan isterinya memandu jauh begini. Mujur adiknya ada untuk menjadi peneman.

Baru saja kaki mahu melangkah masuk ke dalam rumah, kedengaran bunyi hon kereta di depan rumahnya.

Terus dia toleh kepala pada pintu pagar. Kelihatan sebuah kereta Vios merah berhenti elok di depan rumahnya.
Kaki mengatur langkah ke pintu pagar.

Dengusan kasar dilepaskan apabila melihat pemilik kereta itu. Badan terus dipaling untuk masuk semula ke dalam.

"Hud! Kejap!" Langkahnya statik.

Tubuh dihadap semula ke pintu pagar.
Wajahnya dingin. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Hud. I- " Maisara berdiri di hadapan pintu tinggi itu.

"Berambus sebelum aku telefon polis. Kau jangan cabar aku. Mentang-mentang aku tak ambil tindakan tempoh hari, kau berani nak tunjuk muka depan aku? Kalau bukan sebab isteri aku, dah lama kau kena ambil tindakan tahu!" Suaranya garang.

"Hud. Please. I minta maaf. Haritu I tak boleh fikir waras. I betul nakkan you, Hud." Jaringan besi tebal pada pintu pagar itu digenggam.

"Tak tahu malu! Kau dengan ayat murahan kau boleh bawa masuk tong sampah. Apa yang kau buat haritu aku takkan maafkan sampai bila-bila." Hud kembali atur langkah.

"Hud! Stop! I-I need your help!" Nyaring suaranya menjerit.

"Sorry. Sini bukan pusat kebajikan dan customer service. Kau tu perempuan. Jaga akhlak sikit. Ingat, kau tu aurat. Dok melalak tak tengok tempat." Sempat disindir Maisara sebelum Hud masuk ke dalam rumah dan membiarkan Maisara melalak seorang diri di luar rumah. Telefon bimbit di keluarkan dari kocek seluar.

"Hello... Ini pejabat polis daerah ke? Saya nak buat laporan gangguan ketenteraman."

Suara Maisara masih kedengaran.

Tak tahu malu! Dengan pakaian tak cukup kain, duk menyalak seorang diri kat luar. Ganggu ketenteraman jirannya saja.

Sungguh dia bersyukur tak terhingga berjodoh dengan Nayla dan tidak dengan Maisara.

Televisyen dibuka menggunakan alat kawalan jauh. Drama korea yang ditonton bersama Nayla dicari. Dia menyambung tontonan mereka yang tergendala kelmarin.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now