"Today is a good day, isn't it?" soal Haniff sekadar berbasa basi. Nabila yang sudah bertukar seperti harimau kelaparan dihiraukan.

Kaki Nabila bergerak ingin pergi tetapi dihalang Haniff.

"Nabila, wait. You can't just leave like that. I'm your tourist you have to give what I've paid you for" kata Haniff. Nabila berpusing kebelakang memandang Haniff.

"Fine, I'll ask my staff to handle this. Enough?" kata Nabila kegeraman.

"No, I want you." Membulat mata Nabila. Haniff memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya.

"I need someone that is professional and experience" kata Haniff. Sengaja ditekankan perkataan professional.

Nabila mengepal buku limanya menahan marah. Mata tajam mencerun ke arah Haniff. Mata dipejam dan ditarik nafas dalam.

"Fine. Shall we start with our tour, sir?" soal Nabila dengan sinis.

"Absolutely, gebu" kata Haniff dengan senyuman manis. Makin berang Nabila dibuatnya. Terus dia pergi dari situ kerana malas ingin melayan Haniff yang seperti psycho.

-

Nabila membawa Haniff bersarapan di warung Pak Samsul yang menjadi tempat favorit setiap tourist kerana masakan dan pemandangan laut yang cantik. Sangat sesuai untuk bergambar, menghilangkan stres dan bersantai.

Nabila menjelaskan seperti mana dia akan menjelaskan kepada pelancong-pelancong lain tentang keistimewaan di warung Pak Samsul. Haniff tidak memandang ke arah laut malah memandang Nabila dengan sebelah tangan menongkat pipinya. Senyuman juga terukir diwajah tampannya.

Baru saja Nabila ingin memarahi Haniff kerana sedar akan pandangan pelik tersebut, ada seorang wanita datang menegur Nabila.

"Hi, Nabila" sapa Aina yang merupakan orang kampung ini juga.

Berkerut dahi Nabila dengan sapaan tersebut. Selalunya dia tidak pernah menegur Nabila. Tiba-tiba nak tegur ada apa-apa ke?

"Ini pelancong baru kampung kita ke?" soal Aina sambil tertunduk malu dan tersenyum. Tudung dibetulkan sedari tadi. Nabila mengeluh berat.

"Ye, ini pelancong baru. So aku nak ingatkan kau untuk jaga perangai kau. Jangan malukan aku dan keluarga aku. Ngerti gak?" soal Nabila dengan senyuman manis.

Haniff yang mendengar menutup mulutnya yang sudah tersenyum lebar dan menoleh ke arah lain. Slay betul bakal isteri dia. Aina cuba mengawal reaksi wajahnya apabila disindir depan orang.

"Ish, kau ni Nabila. Janganlah cakap macam tu" kata Aina sambil menolak bahu Nabila sedikit kuat membuatkan wajah Haniff bertukar garang.

"Aku kan memang selalu jaga aurat, perangai aku pun baik. Bukan macam kau" kata Aina lalu tertawa dengan gedik. Makin meluat Nabila melihat kegedikkan Aina setiap kali ada pelancong tampan datang kampung mesti dia nak try. Memalukan!

"Kau boleh tak tolong aku." Aina menolak telefonnya kepada Nabila dan membuat isyarat mata supaya membantunya mendapatkan nombor Haniff.

Nabila yang malas mahu menghadap Aina lama-lama ingin mengambil telefon itu tetapi Haniff terlebih dahulu mengambilnya. Tersentak mereka berdua. Aina tersenyum malu kerana berasa seperti Haniff juga menyukainya.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now