"Dia yang cakap tapi kenapa aku yang kena tempias?" soal Aryan. Alyssa meletakkan dua bungkus maggi di dalam troli. Aryan mengangkat keluar semula maggi itu lalu diletak ke atas rak. Berkerut kening Alyssa.

Alyssa mencapai maggi itu semula tetapi ditahan Aryan. Tangan Alyssa digenggam.

"Budak kecil tak boleh makan maggi. Tak elok untuk kesihatan ketika membesar. Nanti jadi makin pendek dalam erti kata lain terbantut" ejek Aryan selamba. Alyssa menarik tangannya kasar lalu dia pergi dari rak maggi itu.

Sudahlah Alyssa tengah marah pasal hal tadi boleh pula Aryan tambah minyak pada api yang membara. Aryan.. Aryan..

Alyssa bergerak ke arah barang basah pula. Udang diambil tanpa berkira sampai 2 kilo sobat. Ketam, ayam, daging semua dia sapu. Nak buat kenduri ke apa?

"Kau ambil banyak-banyak ni untuk siapa? Ada orang nak datang rumah ke?" soal Aryan. Alyssa menghiraukan Aryan lalu bergerak ke arah sayur-sayuran.

Sayur pun diambil saja tanpa berkira. Kobis, bayam, kacang panjang, timun, tomato, kangkung, halia, lengkuas. Naik biru muka Aryan tengok troli dah penuh dengan barang basah saja.

Bukan Aryan tidak mampu bayar masalahnya mereka berdua saja yang tinggal dirumah. Lagipun hujung minggu ni mereka akan berpindah ke rumah Dato Mustafar kerana ada orang akan datang decor rumah. Membazir nanti semua barang ini rosak.

Alyssa yang berura-ura ingin pergi ditahan Aryan.

"Kau kenapa ni? Nak buka kedai tomyan ke beli banyak macam ni?" soal Aryan. Alyssa ingin meleraikan genggaman tangan Aryan tetapi terlalu kuat Aryan pegang. Kalau dibiar mahu satu tesco diborongnya.

"Ok, ok. Aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak patut kata kau pendek" rayu Aryan. Alyssa hanya diam. Baru dia uji sikit dah merayu-rayu Aryan.

"Kau maafkan aku tak?" soal Aryan lalu Alyssa mengeleng laju. Ternaik sebelah kening Aryan.

"Kenapa pula? Aku dah minta maaf kan? Kau marah kenapa pula ni?" soal Aryan.

"Dahlia." Ringkas saja bahasa isyarat Alyssa.

"Dahlia? Kenapa dengan dia? Dia kacau kau ke?" soal Aryan. Alyssa mengeleng laju.

"Dahlia tu macam suka dekat abang je." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan tersenyum miring.

"Oh, kau cemburu sebenarnya. Faham. Faham." kata Aryan sambil mengangguk kepala. Alyssa menjeling mata malas.

"Dahlia tu kawan sekerja aku je. Aku tak rapat sangat dia sebab gedik. Aku tak suka perempuan gedik. Aku suka yang pemalu, comel, suka yang bila merajuk bibir muncung macam fiona" kata Aryan sambil meniru muka masam Alyssa. Ketawa kecil Alyssa. Ingat lagi Aryan tentang kisah itu.

"Kalau dia suka aku pun biarlah dekat dia. My heart already belongs to someone else. Belongs to Alyssa Maisara. You are my one and only angel without wings. We'll fly together in heaven, sayang" kata Aryan lalu mencium dahi Alyssa. Memerah pipi Alyssa.

"We got one more problem, semua barang ni nak buat apa sekarang?" soal Aryan sambil memandang Alyssa dengan mata dikecilkan. Alyssa tersengih macam kerang busuk. Aryan mengeleng kepala lemah.

"Assalamualaikum." Salam diberikan oleh Aryan sebaik masuk ke dalam rumah Dato Mustafar.

"Waalaikumsalam" jawab Datin Katrina yang baru turun dari tingkat atas.

Mereka berdua salam Datin Katrina penuh hormat. Datin Katrina sempat memeluk tubuh menantu kesayangannya, Alyssa.

"Banyaknya barang kamu beli, Aryan. Nak buat kenduri ke?" soal Datin Katrina. Aryan memandang Alyssa disebelahnya yang sedang tersengih.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now