Hud mengemam bibirnya. Terhibur dengar broken English isterinya. Sebelum ni okey aje Nayla berbahasa Inggeris dengannya. Hari ni terkeluar juga broken English.

Sabar,sabar. Jangan gelak sekarang. Nanti lagi merajuk kesayangan dia ni.

"Sayang-"

"Stop with your sayang. Go sayang - sayang dekat penyondol kuasa dua tadi tu. Don't kecek with me. Talk to my hand. I is merajuk dengan you." Tapak tangan dihala ke wajah Hud.

Hud mengetuk dua kali tapak tangan isterinya dengan jari telunjuk.

"Knock, knock. Tolong bagitahu sayang saya yang saya sayang sayang saya." Hud berkata di tapak tangan Nayla sebelum mencium sekilas tapak tangan itu.

Laju Nayla menjatuhkan semula tapak tangan ke riba. Dia mendengus geram. Orang tengah serius dia boleh main-main pula. Sejujurnya Nayla turut terhibur dengan gelagat mereka tapi dia masih ego. Masih keraskan hatinya.

Tak boleh mengalah terus!

Pintu kereta Hud dihempas kuat dan laju saja dia menonong ke pintu rumah.

Bam!

Hud geleng pasrah. Tahulah isterinya merajuk sungguh dengannya.

"Silap haribulan aku kena tukar pintu kereta ni. Berapa kali kena hempas pun tak tahu lah." Tali pinggang keledar dibuka dan cepat-cepat dia mengambil barang dapur dan terus masuk ke dalam rumah.

Isterinya sudah lesap. Beg barangan dapur diletakkan di atas meja makan di dapur sebelum kaki menuju ke bilik tidur. Mahu memujuk Nayla. Tak tenteram rasa bila sunyi tanpa mendengar isterinya berceloteh.

Buka saja pintu bilik, terpampang Nayla yang sudah berbaring mengiring membelakanginya. Dengan tudung masih tersarung di kepala. Telinga menangkap esakan kecil dari isterinya.

Hud berjalan mendekati katil dan melutut di sisi katil berdepan dengan Nayla.

Ibu jari seka air mata Nayla.

"Marah abang, ya?" Hud melabuh kepala di birai katil. Hanya beberapa inci saja dari wajah Nayla.

Nayla angguk. Malas mahu berdalih. Bibir terjuih-juih menahan tangisan.

"Abang minta maaf. Abang gurau aje. Abang sayang sangat-sangat dekat Deena. And soal Bella, dia tu pramugari. Rakan sekerja aje. Tak lebih tak kurang. Kita orang jarang berjumpa lagikan berborak. Sayang pun tahu abang bukannya jenis peramah sangat dengan perempuan."

Nayla menyedut hingus. Hidung sudah memerah. Air mata masih sakan mengalir.

Hud angkat kepala dan bangkit mengubah duduk di birai katil. Kepala Nayla diangkat dan diletakkan di atas pehanya.

"Cakap lah dengan abang." Pipi tembam Nayla diusap.

"Marah abang lagi ke?" Nayla menggeleng.

"Cakap lah. Abang nak dengar suara isteri manja abang ni."

"Abang sayang Nayla?" Suaranya serak.

"Mestilah. Kalau tak sayang, dah lama abang lempar masuk hutan. Kalau tak sayang, abang tak pujuk lah isteri abang ni. Kalau tak, sayang tak adanya perut ni berisi." Perut Nayla yang berbonggol kecil itu diusap.

Nayla bangun dari baringan dan terus naik ke pangkuan Hud. Tangan memaut leher suaminya. Hud tersenyum nipis.

"Kenapa nak lempar Nayla masuk hutan?" Nayla menikam dalam anak mata Hud.

"Sebab manja sangat. Kalau orang lain, mesti tak mampu nak layan manja Nayla Adeena ni. Mesti sayang dah kena lempar dah. Hud Haydar aje yang suka melayan manja Adeena ni." Hidung Nayla dicuit sebelum dahi mereka bersatu. Hidung bersentuhan. Hud membalas renungan Nayla redup.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now