Sesampai sahaja di rumah, Nayla terus menonong ke bilik tidur, membersihkan diri.

Lantas dia mengerjakan solat Maghrib. Usai sahaja menunaikan perintah Allah, dia baring di atas sejadah. Tak pernah - pernah dia merasa seletih ini.

Tak sampai beberapa minit dengkuran halus terlepas dari bibir comel Nayla.

*******

Nayla yang diulit mimpi terasa terganggu apabila ada tangan kasar bermain-main di mukanya.

Mata dicelik sedikit melihat gerangan yang mengganggu lenanya.

"Abang." Serak suaranya.

"Kenapa tidur kat sini? Nanti sakit badan."

Nayla bangun dari baringan dan duduk berhadapan Hud. Masih segak dalam uniform suaminya itu.

"Terlelap tadi lepas solat. Abang baru sampai ke?" Tangan Hud dicapai dan dikucup lembut.

Hud angguk. Mata masih ralit menghayati ciptaan indah di depannya.

"Buat apa harini sampai letih sangat?" Hud membuka telekung Nayla. Rambut yang serabai dirapikan.

"Teman bonda shopping. Abang makan dah? Abang sihat?"

Tangan menarik lembut kaki kanan Hud dan membuka stoking sang suami. Begitu juga dengan kaki kiri.

"Alhamdulillah sihat. Abang dah makan tadi sebelum balik."

Butang baju uniform Hud dibuka satu persatu dan menanggalkannya dari tubuh sasa Hud. Semuanya dilakukan dengan lembut. Seolah Hud sesuatu yang sangat rapuh dan mudah pecah.

Rutin hariannya setiap kali Hud pulang dari kerja.

"Sayang betul ni okey? Muka pucat je abang tengok ni. Tak sihat ya? Jari ni berbalut kenapa pula?" Jari telunjuk kiri Nayla disentuh.

"Okey je. Penat je lah abang. Tak tahu kenapa harini penat dia lain macam. Jari ni terkena pisau masa hiris bawang tadi." Adu Nayla manja.

"Eiii tak reti berhati-hati la budak kecil ni. Rindu abang tak?" Pipi Nayla dicubit geram

Nayla menjatuh kepala laju. Tangan mengusap perlahan pipinya. Sakit tahu!

"Mestilah. Lama kut abang tinggal Nayla."

Hud hanya senyum mendengar omelan dari bibir comel itu.

Ah! Rindunya!

"Tak nak hug abang ke?" Hud mendepakan tangannya. Hud memuncung bibirnya.

Laju sahaja Nayla masuk ke dalam pelukan suaminya. Kepala dibenamkan di ceruk leher Hud. Menghidu bauan maskulin lelaki itu.

"Rindunya baby abang ni." Bibir mencium tepi kepala Nayla. Reda sedikit rindu yang menggebu di dada.

"Mandi dah ke?"

"Belum."

Mendengar sahaja jawapan belum dari Nayla, terus dia mencempung tubuh genit itu. Tuala dicapai di tempat gantung.

"Yeay! Mandi dengan abang." Nayla bersorak gembira.

Dia menepuk perlahan tangannya yang sedang memeluk leher Hud. Terburai tawa Hud dengan aksi kebudak-budakan isterinya.

Nayla mula membuka cerita sepanjang mereka berpisah. Hud tekun mendengar sambil menyedia air di dalam tab mandi. Nak berendam dengan isterinya.


Bilik tidur yang gelap itu disimbahi samar cahaya lampu dari bilik air.

Bluerk! Uek! Uhuk! Uhuk!

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt