"Lepas beli barang sikit kita pergi. Abang nak ke Watson. Skincare dah habis. Siapa habiskan entah. Cepat betul. Tak sampai sebulan dah kena beli lain." Nayla angguk dengan sengih tak bersalah.

Siapa lagi kalau bukan dia yang menghabiskan skincare suaminya. Yang dia sendiri punya dah berhabuk tak bersentuh.

"Betul ke?" Berkerut dahi Hud.

"Apa yang betul?"

"Abang cintakan Nayla?" Tangan Nayla menyuakan cawan teh o panas ke bibir Hud. Hud mencicip perlahan.

"Iya. Abang cintakan sayang. Apa pula tanya macam tu." Hud menjeling manja Nayla yang sudah senyum suka itu.

"Bila abang mula sedar abang cintakan Nayla?"


"Masa second day abang pergi kafe Deena. Masa tu sayang tengah susun buku dekat dengan meja abang duduk. Meja tu meja yang abang selalu duduk."

"Patut la meja tu meja favorite abang." Hud hanya menggumam. Betul la tu.

Ketika itu dia sedang membaca buku dokumentari tetapi perhatiannya terganggu bilamana Nayla sedang cuba menyusun buku di rak paling atas.

Sudah lah pendek, tak guna tangga pula tu. Comel saja kaki terjengket-jengket mahu susun buku.

Hud tersengih mengenang memori itu.

"Tapi kenapa masa haritu abang kata abang tak cintakan Nayla? Padahal abang dah suka Nayla lama dah." Tebaknya. Tertanya juga dia.

"Saja." Tercengang terus Nayla.

"Habistu, masa abang reject Nayla dulu pun saja lah?" tebak Nayla lagi.

"Hmm."

Hud hanya beriak selamba. Tangan terus membawa mulut cawan ke bibirnya. Dihirup air teh o panas itu lagi. Seolah tiada apa yang berlaku.

"Saja?! Biar kebenaran awak ni Hud Haydar! Saja?! Awak tahu saya punya tahap kecewa tu macam mana bila awak cakap awak tak cintakan saya?!" Membulat matanya mendengar jawapan selamba dari Hud.

"Kebenarannya begitulah wahai sang isteriku. Ala sorry la sayang. Tak nak lah guna 'saya' 'awak'. Dislike, dislike." Mengekek dia ketawa melihat reaksi Nayla. Masih tidak percaya akan jawapan Hud.

Melihat mulut Nayla yang sedikit ternganga, terus dia menyuap nasi ke dalam mulut itu.

Nayla menerima tanpa membantah. Mulut mengunyah makanan dengan perlahan. Otak masih memproses. Mata tak berkelip melihat Hud dengan pipi yang kembung.

Haihla isteri. Tak dramatik tak sah!

********

"Assalamualaikum!" Laung Nayla dari luar rumah bersama Hud disisi. Kunci rumah orang tuanya terlupa diambil semasa mahu bergerak ke sini.

"Waalaikumussalam! Kejap!" Orang didalam menyahut.

Beberepa minit kemudian pintu utama itu dibuka. Terjengul kepala Dhia ke luar.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now