Pintu pagar dibuka luas menggunakan alat kawalan jauh. Perlahan-lahan kereta MyVi hitam Nayla bergerak masuk ke halaman rumah.

Brek tangan diangkat naik. Lampu kereta ditutup. Segala butang di dalam kereta ditekan tutup.

Pin!

Toleh ke belakang, kereta milik Hud bergerak masuk memarkir bersebelahan keretanya. Nayla keluar dari kereta dan mengunci kereta.

"Baru sampai?" Hud mendekati Nayla. Beg tangan Nayla diambil dan disangkut di bahu. Tangan kiri memegang topi pilot bersama beg kecil.

Nayla tunduk salam hormat Hud.

"Baru je sampai. Tadi teman Sabiha makan malam." Jawab Nayla. Mereka jalan beriringan ke pintu utama.

Hud membuka pintu rumah. Dia memberi ruang untuk Nayla masuk ke dalam dahulu. Kasut si isteri dan dirinya disusun rapi dirak kasut.

"Assalamualaikum." Kaki Nayla dihayun ke ruang tamu. Hud membuntuti Nayla dan duduk di sofa. Keluhan penat dilepas perlahan. Nayla memandang kosong figura suaminya.

Nayla kemudian menuju ke dapur. Gelas tinggi dicapai. Peti sejuk dibuka dan ketulan ais diambil. Diletakkan ketulan ais itu ke dalam gelas tinggi. Kemudian air kosong dituang ke dalam gelas.

Dia kembali ke ruang tamu.

"Nah abang. Air kosong." Hud menyambut huluran Nayla.

"Terima kasih." Nayla angguk. Tangan Hud menggapai tangan kanan Nayla dan menarik Nayla duduk di sebelahnya.

"Jom. Mandi dengan abang." Pinggang Nayla dielus lembut. Mata masih tidak lekang melihat wajah si isteri. Rindu setelah berpisah beberapa jam tadi.

Nayla segera menggeleng.

"Tak apa. Nayla mandi sendiri kejap lagi. Abang pergi lah mandi dulu." Nayla mengukir senyum nipis. Hud mengamati raut wajah si isteri. Nayla melarikan pandangannya dari Hud.

"Are you sure, sayang? Abang ajak mandi sekali ni?" Kening terjungkit tinggi.Isterinya seperti menyembunyikam sesuatu. Selalunya kalau sebut aje dia mandikan terus teruja sahaja Nayla dengan sengihan lebar.

"Iya, abang." Bahu Hud ditepuk.

"Kenapa? Dah lama abang tak mandikan sayang. Dah tak seronok ke?" Tanya Hud lagi. Dia mahu Nayla luahkan segala yang tersimpan dalam dada.

"Mana ada. Nayla nak kemas rumah sikit. Abang mandi dulu ya. Next time okey, suami?"

"Okey. Jangan lama sangat kemas. Esok-esok boleh kemas lagi." Dahi Nayla dikucup sekilas dan dia bangkit ke bilik tidur. Nayla senyum tipis.

Salam kanan diberi diikuti salam kiri. Pasangan itu berwirid seketika sebelum menadah tangan membaca doa. Habis saja doa diaminkan, Nayla mencium lembut kekura Hud. Hud tunduk mencium ubun-ubun si isteri.

Kemudian tangan Hud mula bergerak mahu membuka telekung Nayla. Sememangnya rutin selepas solat. Membuka dan menyangkut telekung Nayla.

Laju tangan Nayla menghalang Hud.

"Tak apa. Nayla boleh buat sendiri." Tangan Hud dialihkan dari telekungnya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang