"Tak payah kutuk aku lah."

"Suka hati oranglah." Sabiha mendengus geram. Laju sahaja dia mengundur kereta keluar dari kotak parkir.

"Bawa elok-elok lah minah." Gerun dia melihat Sabiha memandu.

Macam nak bagi aku mampus awal la budak ni.

"Diamlah pakcik." Dia hanya santai membalas.

Semua kereta dia mencelah. Saja mahu sakat sikit orang sebelahnya. Hehe. Rasakan. Sombong sangat dengan Sabiha.

Adam sudah terkumat kamit berzikir.
Menyesal pula dia menumpang Sabiha.

Sabiha menahan senyum. Kelakar melihat wajah cemberut Adam.

Itulah. Nak tumpang kita lagi.

Sesampai sahaja di depan kafe, laju sahaja Adam keluar dari kereta. Berpinar matanya.

Sabiha tergelak kecil. Tangan mematikan enjin dan terus bergerak keluar dari kereta.

Adam yang seperti menunggu nyawa masuk sepenuhnya di dalam badan dibiarkan sahaja.

Dia berjalan masuk ke dalam kafe seperti tiada apa yang berlaku. Dalam hati sudah terbahak-bahak mentertawakan Adam.

"Gila betul. Bawa kereta macam takdak hari esok." Kutuk Adam Fayyad sambil berjalan masuk ke dalam kafe.

"Eh Abang Yad. Kenapa balut-balut habis ni?"

"Biasalah. Baru habis misi." Adam Fayyad berkata perlahan. Tak mahu orang lain dengar.

Nayla angguk faham. Patut lama tak nampak muka.

"Kenapa muka pucat aje?" Pelik juga dia tengok Adam macam baru lepas kena kejar dengan hantu.

"Abang okey." Mata sesekali menjeling tajam Sabiha yang sedang bekerja di kaunter dengan senyum tak lekang. Tahulah dia Sabiha masih gelakkannya.

Sabar kau, Sabiha. Tak kena Isnin Selasa lagi. Tunggu, tunggu!

Nayla memandang Sabiha dan Adam silih berganti. Macam ada sesuatu aje dua orang ni. Bahu dijongket malas ambil tahu.

Bulu ayam ditangan dikepitkan di celah ketiak. Nayla berjalan ke arah rak buku.

Sabiha perasan akan jelingan tajam Adam, menjelir lidah. Saja mahu provok.
Dia menyambung menyiapkan pesanan pelanggan dari GrabFood.

Adam mendengus geram. Macam budak kecil dok jelir lidah macam tu. Kerat lidah tu kang.

Telefon di dalam kocek seluar bergetar.
Dia segera menjawab panggilan.

"Tuan!"

"Ya. Maklumat suspek saya dah dapat lengkap tuan." Adam berjalan keluar dari kafe.

"Saya gerak sana sekarang."

Sabiha angkat kepala saja terus susuk tubuh Adam hilang. Kening terjungkit tinggi.

Aik? Dah macam chipsmore. Kejap-kejap hilang. Cepat betul!

"Biha." Sabiha toleh ke belakang.

"Lepak mall jom."
Sabiha diam berfikir sejenak.

Memandangkan esok kafe tutup, boleh juga dia luangkan masa dengan mereka. Sudah lama tak lepak bersama.

"Boleh juga. Kejap aku tanya Kak Nayla. Mana tahu dia nak tumpang sekaki." Sofia angguk dengan senyum lebar.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now