MK 20

779 54 14
                                    


MATA Kasih meliar melihat segenap ruangan di dalam rumah tersebut. Warna dinding yang dicat dengan warna pastel dan diikuti dengan susunan perabot yang telah disusun dengan kemas. Semuanya lengkap. Di bahagian dapur juga lengkap dengan segala peralatan. Sempatlah dia menjengah sekejap bahagian dapur. Masakan tidak, rumah yang dibeli Nuh ini adalah rumah jenis apartment, jadi sebab itulah masuk saja dah terlihat bahagian dapur. Mujur, luas dan cantik.

Kepalanya menoleh ke arah Nuh yang baru sahaja masuk bersama luggage miliknya.

“Ni ke rumah kita?” tanya Kasih sambil mendekati Nuh. Lebihan barangan miliknya turut diangkat bagi membantu si suami.

Nuh mengangguk. Tanpa suara, dia menarik luggage Kasih ke sebuah bilik. Kasih mengikut dengan cebikan.

“Ni bilik siapa?” Hairan Kasih bertanya. Dilihat ruangan dalam bilik tersebut. Terdapat sebuah katil bujang, almari pakaian, meja solek dan beberapa perabot yang lain. Ruangan bilik ini juga agak luas.

“Bilik awak.”

Dua perkataan saja namun cukup buatkan Kasih tertanya-tanya.

“Bilik saya? Saya saja ke?”

Nuh mengangguk sebagai jawapan.

“Bilik awak mana?”

“Dekat depan bilik awak. Okeylah saya masuk bilik dulu. Kalau ada apa-apa, panggil aje saya.” Nuh segera meminta untuk beredar. Lebih baik dia beredar sebelum Kasih menyoalnya macam-macam.

“Aip!”

Belum sempat kaki Nuh melangkah keluar, dirinya terhalang oleh Kasih bersama tangan gadis itu didepa di hadapannya.

“Apa lagi, Kasih?” soalnya dengan nada malas.

“Sebelum awak keluar, saya nak awak jawab soalan saya dulu.”

Nuh memutarkan anak mata ke atas.

Fine. Apa dia?”

“Kenapa kita kena tidur berasingan? Awak tu suami saya dan saya isteri awak. Isteri perlu berada di sisi suami,” soal Kasih bersama peringatan kecil.

“Memanglah kita suami isteri, tapi atas kertas sahaja ya. Saya tak suka berkongsi bilik dengan orang yang saya tak cinta. So, Syarifah Kasih Amalin, back off.” Tangan Kasih yang menghalang laluannya ditepis kuat sehingga tubuh gadis itu turut teranjak ke tepi.

Dengan kesempatan itu, dia melangkah keluar dari bilik isterinya.

“Saya tak habis tanya lagi, Nuh!”

Kasih mengejar dan berdiri di hadapan pintu bilik Nuh pula menyebabkan tubuhnya menjadi penghalang untuk Nuh masuk ke dalam.

“Apa lagi awak nak? Saya penat dan perlukan rehat.” Nuh cuba mencipta alasan.

“Saya tak habis bincang lagi dengan awak. Saya boleh terima kalau awak tak cintakan saya lagi, tapi saya tak boleh terima awak buat keputusan seorang diri untuk tidur berasingan,” kata Kasih dengan tegas. Dia tetap dengan pendiriannya.

“Awak faham ke tak yang saya tak nak berkongsi bilik dengan orang yang saya tak cinta. Lebih-lebih lagi orang tu adalah awak, Kasih. Saya tetap dengan keputusan saya. Dah, tepi.” Nuh cuba menolak Kasih. Namun, Kasih berkeras dengan menahan tangannya di antara birai pintu.

“Ke tepi, sebelum saya guna kekerasan.”

“Buatlah. Saya beritahu pada mama,” ugut Kasih dengan sinis.

Nuh mendengus. Gadis itu tahu kelemahannya yang satu itu. Puan Fatimah.

“Okey, sekarang cakap dengan saya... awak nak apa sebenarnya?”

Memori KasihWhere stories live. Discover now