MK 19

638 63 6
                                    


PEJAM celik-pejam celik, Nuh Izzudin dan Kasih Amalin kini bersatu setelah 3 bulan mengikat tali pertunangan. Dalam keterpaksaan, Nuh menerima Kasih kerana dia tidak mampu membantah kata-kata Puan Fatimah. Apatah lagi mamanya itu tidak setuju jika dia memilih Arissa sebagai menantu. Nak juga Kasih jadi isterinya.

Hatinya rasa berat. Dadanya rasa sempit ketika melafaz akad. Tetapi, tiada daya. Dia cuba menggalas tanggungjawab demi memuaskan hati seorang mama.

Mamanya juga akur dengan syaratnya jika mahu melihat dia menikahi Kasih. Tiada persandingan mahupun majlis sambut menantu. Hanya majlis akad nikah di kediaman Kasih.

Usai acara pernikahan, Nuh membawa langkah ke kanopi. Sementelah Kasih sibuk berswafoto bersama saudara-mara. Dia pula malas mahu menyerta. Tiada rasa. Tiada mood.

“Nuh.”

Suara itu mematikan lamunan Nuh yang sedang duduk di bawah kanopi. Melihat gerangan itu yang ayu berkebaya warna krim menerbitkan senyuman Nuh. Kenapalah mamanya tak berkenan dengan Arissa?

Arissa juga cantik. Peribadinya baik. Jauh beza sekali dengan Kasih.

“Duduklah, Arissa,” pelawa Nuh.

Arissa tersenyum manis dan mengambil tempat berhadapan Nuh. Keluhan dalam dilepas. Tak sangka kini Nuh sudah bergelar suami orang. Tetapi, apa boleh buat. Takdir tidak memihak kepadanya. Apatah lagi Nuh juga tidak pernah menunjuk minat padanya.

“Saya nak tanya awak sikit, boleh? Soalan saya ni agak peribadilah.” Arissa bermukadimah.

“Apa dia? Tanyalah.” Panasaran Nuh jadinya.

“Kasih Amalin tu... bukan ke budak kolej kita yang...” kata-kata Arissa terhenti tatkala melihat Kasih yang sedang melayan tetamu yang hadir.

Terangguk-angguk Nuh mendengar. Kasih yang sedang bergelak ketawa dengan ahli keluarganya dipandang sejenak sebelum keluhan dalam dilepaskan. Entah bagaimana kehidupan mereka selepas ini?

Kasih bukan wanita pilihan hatinya. Malah hatinya masih belum dapat menerima Kasih walaupun ijab dan kabul sudah dilafaz pagi tadi.

“Saya tak sangka awak akan kahwin dengan Kasih tu,” tutur Arissa, lalu menggeleng kepala.

“Dia pilihan keluarga saya, lagi-lagi mama saya memang berkenan dengan Kasih. Lagipun Kasih dah tak ingat apa yang berlaku dulu, jadi awak akan nampak dia berbeza,” jelas Nuh kembali memandang wajah cantik Arissa.

Arissalah yang menjadi saksi kejadian silam yang pernah berlaku dulu dan sehingga saat ini dia masih belum mampu melupakannya. Diri Kasih dulu dan sekarang sangat jauh berbeza.

“Kenapa awak tak menolak aje, Nuh? Mustahil awak dah lupa apa yang berlaku dulu, kan. Suatu hari nanti Kasih akan ingat semula. Saya yakin masa tu sikap Kasih akan berubah ke perangai asal dia. Pisang akan berbuah kembali.” Arissa benar-benar tidak setuju dengan keputusan yang telah dibuat Nuh. Baginya Nuh terlalu awal mengambil Kasih sebagai isteri. Lagi-lagi Kasih sedang amnesia.

“Kita tak tahu sampai bila Kasih akan amnesia. Maybe dia takkan ingat lagi siapa diri dia dulu.”

“Saya risau awak yang akan terluka dengan Kasih suatu hari nanti.” Redup renungan Arissa menatap Nuh.

Nuh tersenyum manis. Wajah Arissa yang sedang menggambarkan kegusaran itu direnungnya dalam-dalam.

“Saya harap ingatan Kasih takkan kembali. Tapi, kalau kembali pun takkan merubah apa-apa. Kasih dah jadi isteri saya.”

“Kesian juga pada Kasih.” Perlahan Arissa bertutur.

“Kenapa pula?” Berkerut dahi Nuh, hairan mendengar kata-kata Arissa.

Memori KasihWhere stories live. Discover now