Do you get deja vu?

Hud menggosok lembut belakang badan Nayla. Nayla menarik nafas dalam dan dihembus perlahan.

"Tak sabar nak jadi duda ke?" Nayla memincing matanya. Tangan menampar lembut dada Hud.

Hud hanya ketawa tidak bersalah. Dia menggeselkan hidungnya dengan hidung Nayla. Seronok dapat kenakan Nayla.

******

Sabiha sedang menyusun kek dan pastri yang baru sahaja siap dibakar. Kemudian dia mengelap meja-meja yang terletak elok dan kemas di kafe itu.

Kring!

"Welcome to Nayla's Cafe, sir!"

Wow! Handsome! Ala-ala pak arab.

Ibu! Sabiha dah jatuh cinta!

"Hai saya nak jumpa Nayla. Dia ada?"
tanya jejaka itu dengan loghat utara.

"Oh bos tiada buat masa sekarang. Dah 4 hari dia tak ada kat sini."

"Dia ke mana ya?"

"Encik ni siapa ya?" soalan dibalas soalan.

"Saya Adam Fayyad. Kawan sekampung dengan Nayla. Nayla ke mana ya?" tanya dia sekali lagi.

"Kak Nayla cuti seminggu. Cuti honeymoon."

"Honeymoon? Nayla Adeena?"

"Ya. Nayla Adeena. Kat sini ada sorang saja Nayla, Encik." jawab Sabiha. Pelik. Takkan taktau Kak Nayla dah kahwin. Kata kawan sekampung.

"Saya salah orang kut. Nayla saya tu tak kahwin lagi. Maaf ya." Kata Adam dengan wajah berkerut. Dia berlalu pergi.

"Rasa macam betui dah kafe ni. Takkan dah kahwin? Tak jemput aku pun. Nak kena budak kecil ni." katanya sendiri. Masih bingung.

Sabiha hanya menjongket bahu. Mungkin betul jejaka itu salah orang. Kemudian dia menepuk dahinya.

"Alamak. Lupa nak minta nombor. Haih semoga bertemu lagi wahai jodoh." Sabiha menyambung semula kerjanya.
Penyembur di tangan disembur ke atas meja. Kemudian dilap bersih dengan kain.

Virus gatal Nayla sudah merebak ke Sabiha. Hehe.

"Adam Fayyad. Pergh handsome betul nama. Macam orangnya."

" Woi Biha! Angau ke? Tersengih macam orang tak betul dah kenapa?" sergah Fakira, pekerja separuh masa Nayla.

"Ira. Aku dah jumpa jodoh aku." Dia menepuk-nepuk lengan Fakira. Menyeringai sakit rakan sekerjanya itu.

"Kau ni. Semua orang yang masuk ke kafe ni kau kata jodoh kau. Kecuali si mamat beku tu." Fakira agak brutal sedikit orangnya. Hud pun dipanggilnya beku.

Padahal suami majikannya yang dia kutuk itu. Semua sudah masak dengan sikap Fakira itu. Sudah terbiasa.

Sabiha mencebik.

"Ni memang betul-betul jodoh aku, Ira. Tapi itulah aku lupa nak minta nombor tadi. Haih."

Fakira menyekeh kepala Sabiha.

"Jodoh ke bodoh?" selamba sambil ketawa.

Sabiha menampar kuat bahu Fakira.

"Kau elok sikit. Malas aku cakap dengan kau." Sabiha saja mahu merajuk.
Mereka sebaya. Itu yang boleh bergurau kasar.

"Gedik lah kau. Ni mesti dah terkena penyakit Kak Nayla ni. Kau doa-doa lah lelaki tu datang sini lagi."

Sabiha sengih suka. Mereka terus sambung melakukan kerja mereka. Tidak mahu dibebel dengan majikan mereka kerana tidak tekun dalam melakukan kerja. Walaupun Nayla tiada di kafe tapi dia boleh perhatikan pekerja dan keadaan semasa kafe itu melalui CCTV.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now