'its for me to know and for you to figure out, cupcake.'

"Nice try, sayang." Hud mengemaskan pelukannya. Nayla menghembus nafas pasrah.

Dia membenamkan wajah di atas rambut Nayla. Menghidu wangian rambut itu. Tenang.

"Nanti masa naik pelamin, abang pegang Nayla kuat-kuat tau." Sudah masuk kali yang kesepuluh untuk hari ini Nayla berkata begitu. Risau sungguh!

"Iya, sayang. Ke sayang nak abang dukung aje? Senang sikit." Hud menjungkit keningnya beberapa kali.

Terlepas tawa Nayla. Dia menampar lembut lengan Hud yang melekap diperut kempisnya itu.

"Over lah. Isteri awak ni bukannya tak boleh berjalan. Cuma risau terjatuh aje. Jatuh tersimpuh tak apa juga. Ini buatnya terjatuh macam nangka busuk tak ke malu tujuh keturunan."

Hud tersengih membayangkan Nayla jatuh seperti nangka busuk.

"Don't worry. I would never let you fall unless for me." Mata dikenyit pada Nayla.

Fuh! Menyempat saja!

Nayla menekup kedua belah pipi yang terasa panas.

"Cukup gula tak ayat abang tadi?"
tanya Hud dengan wajah polos.

"Terlebih dah ni abang. Rama-rama dah banyak dah dalam perut ni."

Nayla menepuk perutnya yang terasa sebu itu.

"Alaa.. Taknak lah butterflies. Abang nak baby dalam ni." Tangan Hud mengusap perut kempis isterinya.

Nayla tertunduk malu.

"Awak mayu ke tu? Kenapa nak mayu? Tak yah mayu dengan kita."

"Gedik lah abang." Nayla tergelak kuat melihat Hud yang membuat muka comel itu. Rasa nak gigit-gigit.

Hud memeluk kemas tubuh isterinya.

**********

"Hold me tight, sayang. Trust me. I won't let you fall."

Sepanjang majlis berlangsung, Hud sememangnya tidak melepaskan tautan tangan mereka. Tampak elegant dan berseri pasangan itu dengan busana pengantin yang berona maroon itu.

Nayla mengekor saja ke mana Hud pergi.  Hud membawa Nayla berkenalan dengan rakan-rakan dia.

"Ini Faris. Sebelah tu isteri dia, Zahira. Faris ni selalu fly sekali dengan abang." Nayla bersalaman dengan Zahira.

"Nayla Adeena."

"Nurul Zahira." Mereka saling bertukar nama. Hud berborak ringkas sebelum meminta diri ke meja lain.

"Jemput makan. Banyak ni makanan ada. Dah macam dekat pasar malam pun. Kitorang gerak dulu." Hud menepuk bahu Faris. Nayla hanya senyum tipis. Dia tak reti bergaul dengan orang asing. Jadi hanya senyum saja yang dia tawarkan.

"Kaki okey?" Hud bertanya kepada sambil mereka berjalan bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

"Okey aje." Walaupun terasa sedikit melecet namun dia abaikan saja. Tak mahu rosakkan suasana. Nayla tidak biasa berkasut tumit tinggi. Selalu dia memakai kasut tumit kecil aje. Jadi terasa sedikit kekok untuk berjalan.

"Kalau rasa tak okey bagi tahu. Kita tukar kasut." Nayla angguk.

"Jom. Kita pergi jumpa dengan rakan bisnes papa pula." Nayla hanya turutkan sahaja walaupun sakit di kaki makin mencengkam.

Sedang elok suaminya berbual dengan rakannya, tumit kaki Nayla berlaga dengan sesuatu.

"Auch!" terjerit kecil Nayla apabila luka melecetnya berlaga dengan kasut tumit bermuncung tirus. Terbongkok sedikit tubuhnya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now