"Saya tak nafikan yang awak first love suami saya. Tapi awak juga perlu tahu yang awak orang pertama dan terakhir yang dia buang dalam hidup dia."

"And bare this in your mind, Miss Maisara. I might not be his first love BUT I am his forever. I am his last love."

Nayla membidas dengan yakin dan tegas.

Dia perlu pertahankan mahligai mereka. Perlu.

'Ini nak jadi geng Sol ke apa?' Nayla mendengus geram.

"There's no Maisara anymore in his life. That Maisara is already dead." Sambungnya lagi dengan senyuman manis di bibir.

Maisara mengetap rahangnya geram. Hati terasa panas. Dia kemudian bangkit dari duduknya dan menyimbah air panasnya ke arah Nayla.

Membulat mata Nayla tidak menyangka Maisara akan bertindak sebegini.

Nayla menekup mukanya dengan tangan.

Semuanya berlaku sangat pantas.

"Oww!" Nayla terjerit kecil apabila air panas itu singgah di lengan kanannya.

Habislah kalau Hud tahu.

Tubir matanya terasa panas.

Pedihnya!

"Akak!" Sabiha yang terdengar jeritan kecil itu segera berlari ke arah Nayla.

"Cik ni kenapa?!" marah Sabiha.

"Remember this. Hud. Will. Be. Mine!"
Maisara melangkah keluar dari kafe Nayla.

Nayla hanya memandang tajam susuk tubuh itu.

"Jom, jom alirkan air kat tangan tu. Gila ke perempuan tu."  kutuk Sabiha menarik lembut tangan Nayla ke sinki.

Mengalir air mata Nayla. Pedihnya!

'Hud.. Nayla sakit!' Tersebik-sebik bibirnya.

"Shhhh. Nanti kita sapu krim." pujuk Sabiha.

Manja betul majikannya ini.

*******

Nayla merenung langit malam di balkoni kamar tidurnya. Lembut sahaja angin menyapa lembut wajah Nayla. Purnama separa yang bercahaya ditemani bintang berkelipan di langit. Tangan mengelus lembut balutan dilengan kanan.

Ibu bapa mentuanya sudah beradu ketika ini.

Meluahkan rasa rindu yang makin menggebu terhadap si suami. Meluahkan rasa rindu kepada keluarga yang sudah tiada. Jiwanya terasa kosong. Rindu yang memberat mengatasi rasa sakit di lengannya sekarang.

Teringatkan hal tadi, hatinya dilanda gusar.

Bagaimana jika Maisara dapat miliki Hud semula?

Adakah dia akan diabaikan?

Tut, tut!

Tut, tut!

Lamunannya terus terhenti.

Telefon di atas katil segera diambil dan dijawab.

"Assalamualaikum, isteri Hud." lembut sahaja suara Hud.

Sunyi. Nayla hanya menjawab salam di dalam hati. Hatinya terasa sebak. Nak menangis!

"Deena sayang?" panggil Hud lagi.

"Isk" Nayla terlepas esakan kecil.

"Sayang?" Ternaik sedikit hujung bibir Hud apabila terdengar esakan isterinya itu.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now