"Tapi kenapa perlu secepat ini?" soalannya tadi diutarakan kembali.

"Kau tak nak ke?"

Nayla menggeleng.

"Bukan tak nak. Tapi mesti ada sebab kenapa awak nak percepatkan akad nikah kan?"

Hud bersandar di kerusinya dan memandang anak mata hazel pujaannya itu.

"Next two weeks aku ada flight." Nayla mengangguk dengan wajahnya masih berkerut.

"So?"

"So kau tak perlu berseorangan lagi kat rumah kau tu. At least aku ada bonda dan papa untuk tolong tengok-tengokkan kau."

"Sebab tu je?" Soal Nayla lagi.

"Kau ingat aku nak biarkan kau seorang diri ke lepas apa yang jadi haritu? Dah la nanti aku jauh beribu batu dengan kau. Kau tu dah la clumsy. Ada je masalah terjadi kalau tinggal seorang diri." jelas Hud lagi dengan suara bekunya. Sempat mengutuk Nayla lagi.

"Saya bukan budak kecil lah nak kena ads orang jagakan." Nayla memuncungkan bibirnya.

Ingat Nayla budak kecil ke?

Hud menjelingnya tajam.

"Memang lah kau tu dah dewasa, tapi dah kalau nama Nayla Adeena ni. Semua benda nak dilanggar. Ada aje yang jadi kat kau. Ingat aku tak tahu ke?" Bidas Hud, sinis.

Nayla menghela nafas. Reda aje lah. Nak berlawan mulut dengan Hud, memang dia angkat bendera putih dulu.

"Berapa lama awak fly kalini?"

Hud mengangkat jari telunjuk dan jari tengah.

"Dua minggu. Anything bad could happen to you when I'm not around these two weeks" Nayla hanya pasrah. Faham akan kegusaran di hati Hud.

"Habiskan cepat. Aku hantar kau ke kafe lepastu aku kena gerak pergi office papa."

Nayla kembali menjamah ayamnya ke tiga ketul itu.

******


Seminggu sudah berlalu.....

Kedua belah pihak pengantin sudah bersedia di ruang tamu rumah tok babah Nayla. Majlis akad nikah diadakan secara kecil - kecilan. Hanya saudara terdekat sahaja yang dijemput.

Nayla yang segak berbaju kurung moden putih bersih duduk bersimpuh bersebelahan Datin Fatima. Dia hanya mengenakan make up yang nipis sahaja. Mata merenung belakang tubuh Hud yang tersarung kemas sepasang baju melayu cekak musang sedondon dengan Nayla serta songkok hitam dikepala.

Dari belakang pun dah kacak!

Tok kadi membaca kutbah nikah hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

'Mama, baba, abang.... Adik dah nak jadi isteri orang dah.' bisiknya di dalam hati. Kalau mereka ada ketika ini pasti mereka sangat gembira.

Nayla tersentak dari lamunan apabila suara wali kedengaran. Nayla berwalikan bapa saudaranya iaitu Pak Usu merangkap adik bongsu baba.

" Hud Haydar bin Muhammad Idris."

"Ya saya." Hud menyambut.

"Aku nikahkan dikau dengan anak saudaraku Nayla Adeena binti Ahmad Fakhrul dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai beserta sepersalinan solat."

"Aku terima nikahnya Nayla Adeena binti Ahmad Fakhrul dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai beserta sepersalinan solat."

"Sah?" Tok kadi bertanya kepada saksi dan disambut dengan beberapa suara 'sah!'.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now