"Dhia cakaplah macam ni" Dhia berdehem membetulkan suaranya.

"He is very fine and very happy now. He will get married to the love of his life soon. Sorry, I've gotta go." Dhia melakonkan semula situasinya tadi.

Hud mengangkat ibu jarinya kepada Dhia sambil tersenyum bangga.

"Good job! Tak habis-habis nak ganggu along. Rimas! Nanti along kahwin kau kena balik sini eh. Jadi dulang girl." Tangan Nayla yang ralit membelai Bubu itu berhenti. Pantas dia mendongak menatap skrin telefon. Bubu turun dari katil menuju ke bekas makanannya di luar bilik.

"Kahwin? Hud nak kahwin? Aw-awak nak kahwin dengan siapa?" Tubir mata mula terasa panas. Jantung sudah berubah rentak. Dada terasa seperti dihempap batu. Terasa sesak. Dunianya terasa kelam.

Dua beradik itu membulat mata apabila sedar terlanjur kata. Gelabah mereka dibuatnya.

"Akak-"

Tut, Tut, Tut! Call ended!

Mengalir air matanya. Hud nak kahwin. Hud tipu! Hud tipu! Sampai hati dia diperlakukan sebegitu. Sungguh! Hatinya terasa seperti dirobek dan disiat-siat. Tangisannya pecah.

Panggilan yang tidak henti dari telefon diabaikan. Nayla tahu Hud yang menelefonnya.
Mesej yang masuk bertubi-tubi juga dibiarkan. Tidak mahu menambah lagi kesakitan dihatinya.

Kenapa perlu berinya harapan?

Kenapa perlu mengatakan sayang sedangkan hati dia sudah berpunya?

"Meow!" Bubu memanjat katil empuk Nayla kemudian melabuhkan dirinya di pangkuan Nayla. Tahu tuan nya itu sedih dan memerlukan peneman.

"Bubu.. Pakcik Frozen jahat. Sampai hati dia buat mummy macam ni." tersebik-sebik bibirnya membebel meluahkan rasa kepada kucingnya itu. Habis memerah hidungnya. Hingus yang meleleh itu disedut kuat.

Adakah dia telah menagih kasih dari orang yang salah?


Ting tong!

Ting tong!

Ting tong!

Loceng rumah Nayla ditekan berkali-kali tanpa henti. Nayla yang sedang melayan perasaan itu segera menyedut hingus yang mengalir dan membetulkan tudung sarung yang sudah senget. Langkah diatur ke pintu utama.

Ting! Tong!

"Ya! Kejap!"

Halah.. Tak menyabar betul lah! Nayla membuka pintu rumah sebelum segera mahu menutup kembali.
Tetapi belum sempat pintu tertutup sepenuhnya, ada tangan menahan pintu tersebut.

'Cepat betul dia sampai.' bisik Nayla dalam hati.

Nayla mengalah dan keluar dari rumah dengan muka masam mencuka dan sembab itu. Dia berpeluk tubuh memalingkan pandangan dari Hud.

"Kenapa datang?" tanya Nayla senada.

"Kenapa tak kunci pintu pagar? Tak serik lagi ke?" soalan Nayla dibiar sunyi.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Место, где живут истории. Откройте их для себя