"Tak lah. Saja je tanya. Dah lama ke awak balik rumah?" Hud hanya menggumam menjawab soalan Nayla. Dia menyambung menaip.

"Aunty and uncle sihat?"

Hud menjatuhkan kepala.

"Malam ni bonda ajak datang rumah. Ada makan-makan sikit. Aku ambil kau jam lapan malam." Kata Hud beserta arahan.

"Eh! Tak payah. Saya pergi sendiri. Saya gerak dari sini terus aje."

"Hmm. Iya lah. Drive elok-elok."

Nayla hanya mengangguk sebelum matanya sambung memerhati raut wajah yang dirinduinya itu. Jauh dia termenung.

Suasana sepi. Masing-masing hanya diam. Tenang.

Hati awak masih tertutup untuk saya ke?

atau

Awak masih sayangkan Maisara?

Patut ke saya lupakan perasaan saya ni?

Tapi Nayla suka Hud!

Nayla nak simpan Hud dalam poket. Tak bagi orang lain ambik!

Hud, Nayla punya!

Hud terus mendongak memandang Nayla. Membulat mata Nayla sebelum menekup mulutnya. Alamak! dia tercakap kuat ke?

Dia menampar-nampar mulutnya. Hud masih setia memerhati Nayla dengan pandangan yang tidak dapat ditafsir. Nayla tersengih sumbing....

"errrr... Aw-awak abaikan je ya apa yang awak dengar ta-tadi. T-tu bukan saya tu. T-tu Nayla yang kat Zimbabwe yang cakap. Saya sambung kerja dulu." laju dia mengatur langkah ke dapur sambil mulut membebel memaki diri sendiri kerana terlepas cakap.

MasyaAllah malunya! Apa yang kau buat ni Nayla Adeena!

Hud terkedu sebelum hujung bibirnya ternaik sedikit. Bibir dikemam menahan senyum. Masih terngiang-ngiang akan kata-kata Nayla tadi.

Tapi Nayla suka Hud!

Nayla nak simpan Hud dalam poket. Tak bagi orang ambik!

Hud, Nayla punya!

Comel!


Hud berdehem perlahan menutup keterujaannya dan membetulkan duduk sebelum menyambung kerjanya. Terasa perutnya penuh dengan rama-rama.

Masuk saja di bahagian staf, Nayla terus menjerit sedikit kuat. Sedar dia berada di mana. Tidak mahu mengganggu pelanggannya.

Fakira, pekerja separuh masanya yang sedang mengira stok barang melompat kecil, terkejut. Dada diurut perlahan.

"Ya Allah, kak Nayla. Terkejut Ira. Akak kenapa? Okey?" Nayla memandang Fakira lama.

"Akak?" Fakira soal lagi. Pelik tapi sudah biasa.

"Hah? Oh okey, okey. Akak okey je." Nayla melambai-lambai tangan dengan sengih.

"Habis tu kenapa menjerit?" Pen ditangan digosok di kepala.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now