Seingatnya tadi along ada saja di dalam bilik kerja.

"Kafe." ringkas.

"Buat apa?" pelik. Berkerut dahinya.

Bukan ke kafe Kak Nayla tutup pukul 9 malam?

Sekarang sudah pukul 1 pagi.

"Kak Nayla kau tu lah--"

"Kenapa dengan Kak Nayla? Dia okey aje kan?" Risau betul jika terjadi sesuatu kepada kakak kesayangannya itu.

Ya lah, dia mana ada kakak. Jadinya dia sudah menganggap Nayla sebagai kakaknya walaupun bukan dari darah daging yang sama. Ada abang pun bukan boleh ajak borak. Mulut itu berat saja mahu bergurau senda.

"Dia okey. Kereta dia aje rosak. Dia minta tolong along hantarkan dia."

Dhia tersenyum senget. Dijeling abangnya mengusik. Ada bau- bau orang tu risau.

"Dan along pergi tolong? Kenapa tak suruh Dhia aje. Along kan tak suka kak Nayla." Dhia menahan senyum.

Dhia boleh jamin Hud pasti tergesa-gesa pergi bantu Nayla tadi. Tengok dari pakaian Hud pun dia boleh tahu.
Hud memakai baju tidur pagoda dengan kain pelikat sahaja ketika ini.

"Dah dia minta tolong along. Kenapa? Kalau tak suka, tak boleh tolong ke? Lagipun dia cakap Dhia tak jawab call dia." jelas Hud. Tangan kanan naik menggosok belakang leher.

Tahu adiknya itu mahu mengusik.

"Ada eh? Dhia buat DnD mode. Tak perasan akak call."
Dhia menggaru kepala yang tidak gatal itu.

Aduh! kena call balik ni. Itu lah khusyuk sangat tengok drama.

Nak kena korek cerita dengan Kak Nayla ni! Hehe. I got you along.

Dhia terus melangkah ke tingkat atas. Hajatnya untuk minum air kosong dilupakan.

Hud menggeleng saja. Matanya turun membelek pakaiannya. Kepala didongakkan memandang siling sambil menyerabutkan rambut. Terlepas tawa halusnya.

Gila! Dia tidak pernah bertindak sebegini kalut. Memang dia tak fikir apa dah lepas terima panggilan dari Nayla.

Nayla Adeena kalau tak buat pasal memang tak sah, getusnya. Kemudian dapur ditujunya. Air kosong Coway ditekan. Diteguk dengan perlahan. Lega terasa bila air melalui rengkung.

Selesai minum dia terus beredar ke bilik tidur di tingkat atas. Sempat dia singgah ke bilik kerjanya. Buku yang sedang ternganga dipandang seketika.

Sebelum Nayla menelefonnya, dia sedang menulis di buku itu. Setelah menerima panggilan terus dia tinggalkan semuanya tidak berkemas.

Hud mengambil duduk di kerusi besar empuk itu. Tangan memegang pen di atas buku itu dan menyambung menulis. Tanpa sedar bibirnya mengoyak senyuman nipis.

'Adha.. Adik kau tu memang cengeng macam kau pernah cerita dulu. Tu la kau. Manjakan lagi adik kau tu. Aku yang kena tempiasnya. Kalau kau ada ni mesti dia dah mengadu domba dekat kau, Ad. Mesti dia kutuk aku macam-macam dekat kau.'

Hud bermonolog sambil merenung sekeping gambar dia dan Naufal Adha yang dia selit dalam buku itu. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Tawa kecil terlepas dari bibirnya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now