Nayla Adeena mengangkat kepala lalu menyambut huluran kertas yang diberi oleh Sabiha itu.

"Terima kasih. Esok akak order kat supplier. Biha nak balik dulu, pergilah. Dah makan ke belum?"

Sabihan mengangguk, "Biha tunggu akak closing lah baru balik. Ni akak tak nak makan ke? Last akak makan lunch tadi kan?" tanya Sabiha prihatin. Tangan menghulur sepaket KitKat kepada Nayla. Nayla sudah sediakan sebalang KitKat bekalan untuknya di kafe.

Nayla memimikkan muka minta simpati.
KitKat dibuka dan digigit separuh. Terpejam matanya menikmati coklat kegemarannya. Berehat bersama KitKat.

"Haah, akak lapar tapi malaslah nak pergi beli. Nanti on the way balik rumahlah akak singgah mana-mana kedai. Nak settle kafe cepat-cepat."

Dia mengerling jam tangannya. Jam sudah menunjukkan 9 malam. Alamak!

"Jom kemas-kemas cepat. Dah lewat dah ni." ajak Nayla seraya melangkah ke dapur untuk membersihkan dapur dan segala suis-suis yang perlu dimatikan.

Selesai sahaja semuanya, mereka melangkah keluar dari kafe dan menuju ke arah kereta masing-masing.

"Drive safe, Biha. Esok datang awal teman akak susun barang." Kemudian mereka membawa hala tuju masing-masing.

Dalam perjalanan pulang, Nayla sempat singgah sebentar di restoran tomyam yang berdekatan untuk memesan makan malamnya dan terus pulang ke rumah. Letih! Rindu Bubu di rumah.


"Assalamualaikum! Bubu, Mummy dah balik!"

Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah. Mata meliar-liar mencari encik bulus kesayangannya itu. Bubu nya itu merupakan seekor kucing baka dari British shorthair.

"Meow!" Bubu berjalan dengan gaya malas menuju ke kaki Nayla lalu bergesel-gesel di situ. Nak manja-manja la tu! Dasar budak gemok! Oops sorry terbody shaming awak, bulus!

"Jom, teman mummy makan. Mummy lapar!" Bibir comel itu dijuih sambil mengendong Tiger ke arah sofa. Haihla. Sendunya hidup. Makan bertemankan kucing.

Nayla menetap di rumah bersama seorang rakannya, Saleha. Tetapi Saleha seringkali bekerja di luar kawasan. Saleha - seorang pereka fesyen yang terkenal. Sekarang dia berada di Sabah selama seminggu untuk menghadiri kursus fesyen. Esok baru si budak Sally tu balik. Rindu kawan gosip aku sorang ni.

Usai membersihkan diri dan solat, Nayla terus merebahkan badan di atas tilam empuk.
Nikmat!

Mata merenung siling yang diterangi samar cahaya dari lampu tidur. Mindanya ligat memikirkan ahli keluarganya yang jauh darinya.

Rindu!

Lama kelamaan mata terpejam rapat dan terus masuk ke alam mimpi. Hari yang memenatkan! Semoga tidurku tidak keluar air liur basi, amin!

*********

"Ladies and gentlemen, Flying Kings Airlines welcomes you to Kuala Lumpur. The local time is 1400. We've been safely landed. Keep all your belongings and throw the rubbish in the right place. Enjoy your holiday for the tourist and welcome home for the Malaysia citizen. this is Captain Hud Haydar speaking, thank you"

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now