Tuk!

Tuk!

"Mirah, berlubang juga kuali tu nanti." tegur Seungmin tanpa menoleh. Hati Minho jadi lebih geram. Dia mengetuk kuali semakin kuat. Selepas itu, dia beralih memotong sayuran dengan ganas.

Ketika Minho sibuk melepaskan geram, Seungmin bangkit dan menahan tangan kanan Minho, menghentikannya dari terus melakukan perkara mengerikan itu.

"Kau nak apa sebenarnya, Mirah?" tanya Seungmin.

"Tak ada apa-apa!" jawab Minho, dingin. Seungmin terkekeh perlahan, dia melepaskan tangan Minho sebelum pinggang si isteri dirangkul. Dagunya diletakkan di atas bahu Minho.

"Tak payah tsundere sangat jadi manusia boleh tak? Kalau nak aku peluk cakap je." bisik Seungmin. Minho mengetap bibir, pipinya terasa panas.

Dia tahu Seungmin peka dengan hal di sekeliling. Cuma kadangkala lelaki itu tidak menghiraukannya untuk membuat Minho sakit hati.

"Kenapa diam je, Mirah? Or... should I call you naekkeo? Atau ma chérie? Mana satu yang kau suka, my dear?"

"Bla bla bla, aku tak faham bahasa buaya." balas Minho. Seungmin ketawa, dia menggeselkan hidungnya pada rambut Minho. Bau manis strawberi yang berasal dari syampu yang sering dipakai oleh si isteri dihirup sepuasnya.

Cklak

Bunyi tangkapan kamera berserta flash mengejutkan mereka berdua.

"Abang Riz! Kan Ayyan dah cakap silent kan phone dengan tutup flash!" marah Chan. Lengan abangnya dipukul agak kuat sementara Changbin tersengih.

"Sorry lah, Yan. Aku fikir aku dah tutup rupanya belum hehe..." bisik Changbin.

"Kau..." Dua beradik itu tersentak mendengar suara Minho, mereka menelan air liur dan mundur setapak demi setapak.

"M-Mama, k-kitorang d-datang sebab nak bagi k-kerepek ni kat m-mama." jelas Chan, dua balang kerepek ditunjukkan kepada Minho.

"KE. LU. AR." ucap Minho sepatah demi sepatah. Anak-anak saudaranya segera meletak kerepek itu di atas meja dan berlari keluar sambil menjerit ketakutan.

Minho merengus, wajahnya terlihat bengis sehinggalah dia terdengar Seungmin ketawa di cuping telinga. Tatapan mata Minho yang terlihat tajam jadi terkebil-kebil kebingungan.

"Kau malu ke diorang nampak kita macam ni?" tanya Seungmin. Dia mencium pipi kanan Minho, membuat pipi tembam itu sekali lagi membahang.

"Tak." jawab Minho, singkat.

"Yelah tu."

Seungmin mengeratkan pelukannya.

"By the way, kau belum jawab soalan aku tadi." bisik Seungmin. Dahi Minho berkerut.

"Aku dah jawablah, kau tu yang pekak."

"Bukan yang tu, yang aku tanya fasal nama panggilanー"

"BLA BLA BLA, TAK DENGAR! TAK DENGAR!" Minho memintas kata-kata Seungmin dan kembali fokus mengacau tumisan nasi goreng. Dia melirik Seungmin yang sedang mencebik sambil merungut-rungut macam budak kecil.

Han FamilyWhere stories live. Discover now