Dua

2.8K 301 574
                                    

Note:

ー Dalam fanfiction ni, aku guna nama korean untuk semua watak. Yelah tak lawak wei kalau nama si Joonyoung Jamilah tu jadi Jacob Jamilah. Tak ayu langsung. 😂

ー Untuk TBZ stan, anda bolehlah bantu saya dengan bagitahu perangai-perangai member grup tu kat ruangan komen. Aku tengok kat K-profile pun kekadang lain juga apa yang tulis kat situ dengan realiti. ATEEZ stan pun boleh tulis juga perangai bias-bias korang.


"Jadi tu anak-anak kau ya, Dollah?" pertanyaan Jisung itu diangguki Hongjoong. Mereka sedang berbual mesra sambil duduk pondok sementara anak mereka pula bermain bersama-sama.

Sudah tentu sebelum mereka berbual, ada tayangan WWE secara langsung antara Hyunjin dan Jisung. Seorang Maimunah Hyunjin tak akan melepaskan Jisung begitu sahaja setiap kali perangai buayanya muncul.

"Berapa umur diorang?" tanya Hyunjin.

"15 tahun."

"Oh sebaya Riz lah niー eh? Semua tu 15 tahun?!" tanya Jisung, terkejut. Begitu juga Hyunjin. Sepanjang mereka hidup tak pernah mereka jumpa kembar lima, paling banyak pun kembar tiga.

"Haah, yang paling tua si Khairul tu yang paling muda pula si Ikmal." jawab Seonghwa. Hyunjin menelan air liur.

"Tapi em... macam mana boleh dapat lima sekaligus?" tanya Hyunjin.

Wan Dollah Hongjoong tersenyum bangga.

"Sebab benih aku ni high quality, kau patut cemburu dengan aku Li sebab mampu buat lima anak sekaligus hahaha!"

Tuk!

"Auch, sakitlah dinda..." Hongjoong merengek manja.

"Kanda jangan cakap macam tu boleh tak? Malu dinda tahu!" marah Seonghwa. Jisung dan Hyunjin saling berpandangan.

Kanda? Dinda? Sumpah Hyunjin nak termuntah dengar nama manja mereka, tapi tak apalah.

"Tak sakit ke masa beranak tu?" tanya Hyunjin lagi.

"Kau tak tahu, Munah. Aku sampai rasa malaikat maut tu dah stand by je kat sebelah aku masa nak beranakkan diorang. Ha ni lagi satu kalau nak tahu.." Seonghwa membetulkan kain batiknya sebelum menyambung.

"Sebenarnya aku fikir anak aku tu kembar empat je tahu, sekali lepas 30 minit boleh ada sekor lagi nak keluar. Aku ingatkan aku nak berak rupanya terberanak terus!"

"Ya Allah, jadi si Ikmal tu keluar dekat jamban lah?!"

"Haah, sebab tu perangai dia paling macam taik." jawab Seonghwa geram. Wan Ikmal Wooyoung tu bukan setakat rakan-rakan je dibuli, Seonghwa yang berpangkat sebagai mak pun kadang-kadang kena buli sekali.

"Eh, sekejap." Seonghwa berpaling ke arah Hongjoong.

"Kanda, mana Fakhrul? Tadi dia ikut kanda, kan?" tanya Seonghwa. Hongjoong tiba-tiba menepuk dahi dengan kuat.

"YA ALLAH, KANDA TERTINGGAL DIA DEKAT KEDAI JEMAH!" jerit Hongjoon, terbuntang mata Seonghwa dibuatnya.

"KANDA! PERGI AMBIL ANAK TU SEKARANG!" Hongjoong segera berlari menuju ke motor, Seonghwa memandang Jisung dan Hyunjin sebentar.

Han FamilyWhere stories live. Discover now