𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽

1.4K 209 345
                                    

Maaflah kalau kurang manis, aku cam tergesa-gesa buat chap ni. Yelah esok dah naik kerja balik. ಥ‿ಥ

Dahi Hyunjin sedikit berkerut-kerut sebelum dia akhirnya mencelikkan mata. Cahaya terang yang berasal dari lampu bilik membuat wanita itu spontan menyipitkan mata, cuba menyesuaikan cahaya yang tiba-tiba menyapa penglihatannya itu. Di saat dia menoleh ke kiri, ada Jisung yang tertidur di kerusi tepat di sebelahnya.

Tangan Hyunjin terangkat, dia mengusap lembut rambut hitam suaminya namun pergerakan kecil itu malah membuat Jisung terjaga.

Hyunjin hendak menarik tangannya namun Jisung lebih pantas menggenggam tangan isterinya.

"Bila abang balik sini?" tanya Hyunjin, dia menoleh ke arah tingkap. Mengabaikan Jisung dari tadi tidak berhenti menatapnya.

"Pukul sepuluh malam." jawab Jisung.

"Oh, lepas kena tangkap khalwat baru ingat nak balik rumah?"

Dahi Jisung berkerut.

"Bila masa pula abang kena tangkap khalwat ni?" tanya Jisung. Hyunjin ketawa kecil.

"Abang jangan cuba nak tipu Munah. Semalam orang pegawai agama sendiri bagitahu Munah yang a-abang k-kena tangkap k-khalwat hiks..." Hyunjin berusaha untuk kelihatan kuat namun dia gagal. Air matanya menitis. Hati Hyunjin sakit diperlakukan begini oleh suaminya sendiri.

"Sayang, abang berani sumpah tu bukan abang. Abang mengaku semalam abang memang pergi rumah Lola tapi abang tak buat apa-apa pun dengan dia." ujar Jisung dengan jujur. Dia tidak mahu menyimpan apa-apa lagi rahsia walaupun itu membuat tangisan Hyunjin jadi semakin kuat.

"Hiks, jadi betul lah yang hiks abang pergi rumah Lola semalam?" tanya Hyunjin. Jisung menganggukkan kepala dengan berat hati.

"Abang cuma tolong hantarkan dia balik dari klinik je, sayang. Abang tak ada niat pun nak curang kat belakang sayang. Sayang, tolong percayakan abang."

"Dari dulu Munah cuba percayakan abang tapi abang sendiri yang buat kepercayaan tu menghilang!" marah Hyunjin. Dia berdiri dan ingin keluar dari situ. Sayangnya pintu bilik itu terkunci dari luar.

"Riz yang kunci, sebab tu abang kat sini je dari semalam."

Hati Hyunjin menjadi lebih sakit.

"Jadi abang tak ikhlas jaga Munah semalam?" tanya Hyunjin membuat Jisung gelabah.

"E-Eh, bukan macam tu, sayang!" Jisung ingin mendekati tetapi Hyunjin menjaga jarak di antara mereka. Wanita itu mengelap air matanya sebelum memandang Jisung dengan wajah yang sayu.

"Abang kalau nakkan Lola tu sangat, pergilah." kata Hyunjin.

"Tapi abang kena ceraikan Munah dulu."

"Astaghfirullahalazim, sayang! Apa yang sayang mengarut ni?" tanya Jisung.

"Apa?! Bukan ni ke yang abang nak? Abang selalu menangkan Lola bukannya Munah!" Hyunjin bersandar di pintu sambil menunduk.

"Padahal Munah ni isteri abang, bukannya Lola..."

"Munah..." lirih Jisung. Hyunjin mendongakkan kepala dan tersenyum. Senyuman keputusasaan itu membuat hati Jisung tercubit.

Han FamilyWhere stories live. Discover now