Tiga puluh

1.5K 217 578
                                    

Disebabkan tak mahu mati kebosanan kerana menghabiskan hujung minggu dalam rumah, Changbin memilih untuk keluar berlepak dengan kawan-kawannya di sebuah pusat membeli-belah. Antara aktiviti "berfaedah" mereka di sana ialah masuk ke dalam kedai pakaian branded untuk mencuba pakaian berjenama itu lalu mengambil gambar dan post ke media sosial tanpa berniat langsung untuk membeli pakaian tersebut.

Begitulah perangai anak muda zaman sekarang.

"Wei, Mirza. Dengar cerita mak kau mengamuk semalam." ujar Changbin yang sedang duduk di bangku bersama Haknyeon dan San.

"Haah, habis buaya-buaya tu kena pukul. Sampai lunyai daun bawang tu kau tahu." balas Haknyeon lalu menyedut teh bobanya. San mengerutkan dahi.

"Jadi bunyi yang macam keldai nazak kat depan rumah aku semalam tu rupa-rupanya suara buaya kena azab dunia ke?" Haknyeon tersedak airnya mendengar San menyamakan jeritan ayah dan abangnya dengan suara keldai.

"Banyak-banyak binatang, kenapa mesti keldai?" tanya Haknyeon.

"Sebab muka kau macam keldai." jawab San.

Suasana tiba-tiba menjadi awkward.

"Em, yang lain asal tak muncul-muncul lagi? Kata tadi nak pergi tandas sekejap je." Changbin cepat-cepat memulakan topik baharu.

"Entah, kenapa tanya aku? Aku bukan ada dengan diorang pun." jawab San lagi.

"Baik kau tutup jelah mulut kau tu, Kir." ujar Haknyeon, geram.

"Mulut aku memang dah tutup pun, rabun ke?" ujar San sambil menunjuk ke arah topeng muka berwarna hitam yang sedang dipakainya. .

"Dah ar kau. Malas nak layan kau." Changbin berdiri lalu menarik Haknyeon pergi meninggalkan San

"ALAH ALAH, BABY MERAJUK KE? SOWWY ABANG JANJI ABANG DELETEー EH SALAH ABANG JANJI ABANG TAK BUAT LAGI!" jerit San sambil mengejar mereka.

"PALE OTAK KAU LAH, KIR! AKU DAH KATA JANGAN RAPAT SANGAT DENGAN IKMAL KAN DAH JANGKIT VIRUS BUAYA DIA!"

Haknyeon menutup muka, malu juga apabila semua orang menatap Changbin dan San yang menjerit di tengah-tengah mall.

Buk!

Bahu Changbin melanggar seseorang.

"Sorryー eh." mata Changbin terbeliak melihat seseorang memakai sebuah pakaian yang sangat menonjol di situ.

"Ya Allah, abang Uwais. Awat baju ni kau pakai kat sini? Ni kan pelanggan ibu punya!" ujar Haknyeon terkejut, Jaehyun tersengih.

"Bosanlah pakai baju dengan seluar je pergi mall, aku nakkan something different." San meneliti baju unik Jaehyun dari atas ke bawah dan bawah ke atas semula.

"Lain macam selera pelanggan ibu kau ni, Mirza." ujar San.

"Tulah tu." sokong Changbin.

"Abang Uwais, tunggulah aku! Ish, rambut ni semak ar!" seorang manusia berambut blonde panjang sebahu seperti perempuan berlari ke arah Jaehyun. Dia sedikit kesusahan kerana rambutnya itu asyik mahu termasuk dalam mulut.

"Ya Allah, malu aku nak ngaku kembar." San menutup muka dengan tangan.

"Hei, Kir. Ni baju limited edition tahu! Bukan calang-calang orang boleh beli!" balas Yunho. Ya, dialah manusia berambut blonde itu.

"Dahlah, jom bla. Aku malu." kali ini Haknyeon yang menarik lengan Changbin dan San, biarlah orang awam memandang serong kepada Jaehyun dan Yunho.

Lagipun mereka layak dipandang serong.

jaehyunloveayam

jaehyunloveayam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Han FamilyWhere stories live. Discover now