Tujuh belas

1.6K 218 253
                                    

Rajin kan aku? Ye aku tahu aku rajin HHAHAAHAH

"Kau ada dengar berita hangat tak semalam?"

"Pasal Bawang Rangers dengan Buaya Kingz? Dah tahu dah, adik aku yang bagitahu." Changbin menjawab sambil mengeluarkan buku latihan, masih ada beberapa buah soalan yang masih belum dijawab.

Haknyeon mencebik, baru je dia ingin bercerita tetapi Changbin sudah tahu.

"ASSALAMUALAIKUM WAHAI SAHABAT! HOW ARE YOU, YO?" teriak Wooyoung apabila dia tiba di muka pintu kelas. Dia menjadi perhatian umum dalam sekelip mata.

"I'm fine, thank you. And you?" sahut salah seorang ahli kelas mereka, Siti Ilyana Yoojung.

"I'm fine, thank you. And you?"

"I'm fine, thank you. And you?"

"I'm fine, thank you. And you?"

"Sudah, sampai ke kiamat korang tak habis tanya benda tu." celah Yeosang. Wooyoung dan Yoojung tersengih kambing.

"Eh Mirza dengan Riz! Korang tahu takー"

"Tahu." jawab Changbin dan Haknyeon serentak, bibir Wooyoung dijuihkan ke depan .

"Semalam mak dengan ayー"

"Kitorang dah tahu, sengal." potong Changbin, hilang fokusnya membuat latihan kerana Wooyoung yang masih ingin bercerita.

"Ish, tak best lah korang ni. Aku baru nak beria cerita!" ujar Wooyoung, merajuk.

"Ada?" tanya Haknyeon.

"Ada apa?"

"Ada kitorang kisah?" tanya Changbin dan Haknyeon serentak, mereka ketawa dan berhigh five bersama. Wooyoung semakin mencebik.

"Sampai hati kau buat aku macam ni, aku ngadu kat Farish! Huargh Arish hati Ikmal disakiti!!" Wooyoung berlari kearah kembarnya itu lalu dia menangis tersendu-sendan di riba Yeosang. Abangnya itu pun hanya pasrah, ingin marah tapi dia dah terlalu muak melakukan itu kepada Wooyoung.

"Tepilah, Mal. Aku nak buat homework." ujar Yeosang cuba untuk berlembut.

Tangisan palsu Wooyoung terhenti, dia mendongak untuk melihat wajah Yeosang.

"Homework?"

"Yelah, homework cikgu Khadijah."

"OH SHOOT, AKU LUPA WEI KITA ADA HOMEWORK!!" ketika Wooyoung baru menyedari kehadiran kerja rumahnya, cikgu Jihyo sudah memasuki kelas.

Separuh daripada semua pelajar menjadi pucat kerana risau guru killer itu akan menyebut tentang kerja rumah hari Khamis lepas.

"Kenapa muka kamu semua pucat semacam?" tanya cikgu Jihyo hairan.

"T-Takde apa-apa, cikgu." jawab Haknyeon. Salah seorang pelajar lelaki yang memakai cermin mata mengangkat tangan.

"Cikgu, homework Khamis lepas cikgu nak hari ni kan?"

"HALAH KAU MIRUL, BAPAK AH SPOIL SIA KAU!!" satu kelas meneriaki lelaki bernama Mirul itu, habis terkedu pelajar itu. Sementara cikgu Jihyo tersenyum sinis.

"Oh, kamu semua lupa siapkan homework saya ye?"

"Ikmal, cikgu! Dia langsung tak buat homework cikgu!" jerit Yeosang membuat Wooyoung tercenggang.

"Rish, kauー"

"Wan Ikmal Wooyoung, berdiri atas kerusi sekarang!"

"Huarghh cikgu, janganlah kejam sangat!"

Selepas beberapa jam, sesi rehat sudah bermula. Sebahagian besar pelajar pergi ke kantin untuk membeli makanan.

"Farish setan, disebabkan dia aku kena diri atas kerusi." maki Wooyoung.

Han FamilyWhere stories live. Discover now