Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)

1.3K 214 436
                                    

Aku ingatkan nak pub buku ni tepat pukul 12:00 tapi tulah, tertidur.

Cuti sekolah akhirnya bermula, anggota keluarga Han telah memilih untuk bercuti di sebuah pantai selama beberapa hari kecuali Seungmin dan Minho kerana ibu hamil itu sendiri yang menolak untuk ikut.

"Mummy, jomlah mandi sama-sama." ajak Chan.

"Sabar, sayang. Mummy nak pakai sunscreen." Hyunjin mengeluarkan sebotol sunblock dan memakainya dengan jumlah yang banyak. Kulitnya terlalu berharga untuk dibiar menggelupas.

"Sekali kau pakai sunblock terus habis setengah botol." perli Jeongin.

"Mak, kita kena pakai banyak-banyak nanti kulit kita tak kena sunburn. Kalau kena sunburn sakit tahu, mak." balas Hyunjin.

"Lagi sakit kalau kena api neraka."

Hyunjin senyum terpaksa.

"Mak, ayat mak tu pun dah sakit sangat." kata Hyunjin. Changbin berjalan sambil membawa secawan air, dia menyipitkan mata apabila melihat Chan berlari ke arahnya sambil tersenyum.

"Abang Rizー"

"Tak!" Changbin memotong kata-kata Chan lalu meninggikan cawan plastik itu agar Chan tidak dapat mencapainya.

"Abang Riz jahat!" jerit Chan.

"Aku tak jahat! Aku tahu kalau aku bagi kau air ni nanti aku yang dapat sikit, dasar setan kecil!" balas Changbin sambil menjegilkan mata.

"Atuk!" Chan lari memeluk paha Yongbok.

"Atuk, tengok abang Riz. Dia kedekut dengan Ayyan..." adunya manakala Changbin berdecit.

"Riz..."

"Ish, yelah!"

Changbin memberi cawan itu kepada Yongbok. Chan sudah tersenyum tetapi Yongbok malah pergi meninggalkan mereka berdua.

"Atuk, nak pergi mana tu?" tanya Chan.

"Nak pergi jumpa cinta atuk."

"Air tu?" tanya Changbin pula.

"Riz beli baru jelah, atuk dari tadi memang tunggu masa nak rembat air Riz. Hahaha!" Chan dan Changbin membuat muka toya. Rupa-rupanya datuk dengan cucu bongsu kongsi sel otak yang sama.

"Semua ni salah kau!" marah Changbin.

"No! Salah abang Riz!" bantah Chan.

"Ha, melawan?! Sini kau!" Chan menjerit-jerit apabila abangnya mendukung dia dan berlari menuju ke air.

"Abang Riz nak buat apa kat Ayyan?!" tanya Chan, cuak. Changbin ketawa sinis.

"Aku nak bagi kau kat jerung! Biar dia makan kau!"

"JANGAN! HUWAA MUMMY! TENGOK ABANG RIZ!"

"MUMMY TENGAH SIBUK SELFIE, DIA TAK DENGAR KAU! HAHAHA MATILAH KAU HARI NI, SETAN!"

Benar apa yang dikatakan Changbin, Hyunjin sedang sibuk mengambil gambar untuk dikongsi di media sosial. Teriakan Chan bagaikan seperti bunyi lalat nazak di telinga Hyunjin.

"Wow, hensemnya dia."

"Aw, bergetar tulang rusuk aku!" Hyunjin itu mengerutkan dahi apabila terdengar perbualan dua orang wanita. Dia menoleh ke tepi, wanita-wanita asing itu rupanya membicarakan Jisung yang tengah leka membina istana pasir.

"Ish, perempuan-perempuan!" gumam Hyunjin, dia segera mendekati lelaki itu.

Tidak ada wanita lain yang boleh mengurat Jisungnya!

Han FamilyWhere stories live. Discover now