Tujuh

1.9K 257 316
                                    

"Mummy, Riz malaslah."

"Rizki Afnan Changbin Han, kau pergi tukar baju sekarang! Pakai baju yang sopan sikit!" arah Hyunjin sambil bercekak pinggang. Changbin mengeluh dan menghentak-hentakkan kaki.

"Ish, Riz malaslah!"

"Hei budak bertuah, kau pergi tukar baju sebelum aku ketuk kepala kau!" marah Jeongin dan kali ini Changbin berlari laju ke bilik kerana di tangan nenek itu ada sebuah senjata yang paling berbahaya alias penggaru belakang badan. Sudah berapa ratus kali Changbin dipukul dengan benda tu.

Terbesit juga di hati Changbin untuk membakar atau melenyapkan semua kilang pembuat pengaru belakang badan tapi sayangnya Changbin masih lagi ingin hidup di luar sel penjara. Tak lawak jika kes jenayahnya ialah membakar kilang penggaru belakang kerana dendam kesumat terhadap nenek.

"Ish si Riz tu, kena paksa baru nak ikut. Lagipun apa salahnya dia ikut? Bukan patah pun kaki pergi kenduri kahwin orang." bebel Hyunjin, dia mengambil sebuah anting-anting dan memasangnya di telinga.

"Sayang jangan marah-marah, takut nanti lekas tua." bisik Jisung yang tiba-tiba datang memeluk pinggang Hyunjin dari belakang.

Jeongin memasang wajah jijik. Buaya tua itu memang tidak tahu tempat nak membuat drama romantik tak berbayar versi buaya.

"Oh kalau saya dah tua kenapa? Abang nak cari lain!?" tanya Hyunjin agak melenting.

"Kalau sayang bagi abang on je." balas Jisung seperlahan yang mungkin. Tetapi dia tidak sedar bahawa kedudukan bibirnya sekarang sangat dekat dengan telinga Hyunjin.

"APA DIA BANG?! OH, ITU YANG ABANG RANCANG SELAMA NI?!"

"ASTAGHFIRULLAH SAYANG, TU BUKAN SUARA ABANG. TU SETAN TU YANG CUBA BUAT AWAK SALAH FAHAM!"

"BANYAKLAH ABANG PUNYA SETAN, ABANG TU YANG SETANNYA!"

Jeongin menghela nafas melihat Hyunjin sudah menarik rambut Jisung. Dah terlalu biasa perkara itu terjadi di dalam rumah, kadang-kadang dia turut bergabung dengan Hyunjin untuk memberikan pengajaran kepada Jisung.

"Cintaku, abang hensem tak hari ni?" tanya Yongbok yang memakai baju t-shirt berwarna kelabu.

"Kenapa kau pakai baju warna sama dengan aku ni?" tanya Jeongin balik, sibuk je Yongbok nak ikut memakai baju warna sama dengannya. Tak ada warna lain ke apa?

"Atok kata atok nak matching dengan nenek, baru sweet." Chan tolong menjawabkan pertanyaan Jeongin manakala Yongbok tersenyum malu.

"Tsk." Jeongin memutarkan mata.

"RIZKI, CEPATLAH WOI!" teriak Hyunjin secara mengejut dan hampir membuat Yongbok terkena sakit jantung. Selang beberapa minit, Changbin turun dengan memakai baju putih berlengan panjang dan jeans biru tua.

"Mummy, Riz kena ikut ke?"

"Kau tanya soalan tu lagi aku ketuk kepala kau dengan helmet, Riz."

"Eh, korang nak pergi mana?" tanya Minho yang baru selesai menjemur baju di ampaian luar.

"Abang nak pergi kenduri kahwin, Umairah." jawab Jisung dengan senyuman, Hyunjin menjeling suaminya dengan tajam.

"Mirah tak nak ikut?" tanya Yongbok.

"Malas lah, bah."

"Tengok tu, mak su boleh pula tak pergi!" protes Changbin.

Tuk!

Akhirnya Changbin merasai lagi kenikmatan ketukan di kepala. Mungkin lama kelamaan boleh berlekuk kepala Changbin disebabkan Jeongin.

"Sakitlah nek.."

Han FamilyWhere stories live. Discover now