Sembilan puluh tujuh

1.3K 183 368
                                    

"Abang Riz, nak popcorn!"

"Aku baru je bagi kau popcorn!" Changbin memarahi Sunwoo. Tak sampai sepuluh minit dia bagi bertih jagung itu dah Sunwoo meminta lagi.

"Tu Naufal dah ambil." ujar Sunwoo sebelum mencebik.

"Kongsi jelah, budak tu bukan habis kalau makan sorang-sorang."

"Masalahnya dia kongsi dengan abang Mirza. Abang Riz tahu tahu jelah kalau abang Mirza makan popcorn satu troli pun lima minit je dia boleh habiskan." rungut Sunwoo. Betul juga, Changbin pernah beri enam bungkus roti dan tak sampai berapa minit roti-roti itu dah bersemadi dalam perut Haknyeon.

"Mirza, kau beli popcorn sendirilah!" marah Changbin.

"Alah, Riz. Benda boleh share buat apa beli?" balas Haknyeon. Badan Changbin dah berapi.

"Baik kau bagi popcorn tu kat adik kau sebelum aku gigit betis kau, Mirza."

"Kau tak berani."

"Kau nak aku gigit betul-betul ke?"

Haknyeon cepat-cepat menyerahkan semula popcorn itu kepada Sunwoo. Muka Changbin dah sebengis singa, takut Haknyeon.

"Janganlah marah-marah nanti cepat tua tahu." tegur Wooyoung. Changbin menghela nafas. Dia pun tak tahu kenapa emosinya agak teruk hari ini, mungkin dia didampingi empat ekor syaitan sekarang.

"Nasib baik Fakhrul tak jadi ikut, takdelah jadi miskrin sangat aku hari ni." keluh Changbin.

"Riz." Hyejin memanggil.

"Kenapa kak?"

"Boleh tolong ambilkan gambar?" pinta Hyejin. Sifat bucin si pendek muncul. Apa sahaja yang tak boleh buat Hyejin?

"Boleh je kak."

"Thanks!" dia berposing di hadapan poster filem yang bakal mereka tonton. Changbin mengambil gambar dengan penuh ikhlas sehinggalah empat ekor syaitan tadi datang menyibuk.

"MENYEMAK SIA KORANG! TERUS HANCUR GAMBAR TAHU TAK!"

"HEI, MUKA KAMI HENSEM OKEY! KAMI MENYERIKAN LAGI GAMBAR TU!" marah Wooyoung. Changbin mencarut perlahan dalam sekali hembusan nafas.

"Dasartoyolanakpungutjalanankangakusepakkepalakaubocorterustahusetandasarcucurababi." begitulah yang dilafazkan Changbin tadi.

"Takpe, biar aku yang ambil gambar korang pula." tawar Hyejin. Changbin menggeleng.

"Kita ambil gambar sama-samalah."

"Oh, okey."

Selepas siap bergambar, mereka masuk ke dalam panggung wayang. Keberuntungan di pihak Changbin, dia dapat duduk di sebelah Hyejin.

"Akak, akak jangan risau kalau akak takut saya ada kat sebelah akak." bisik Changbin. Hyejin cuma tersenyum. Filem bergenre horror itu pun bermula.

Hyejin tidak terkejut langsung mendengar Wooyoung and the gang menjerit-jerit ketika sudah di pertengahan jalan cerita sebab masing-masing penakut.

"AKU DAH KATA JANGAN PANDANG BELAKANG TAPI KENAPA KAU PANDANG JUGA?! EIEE, HEROIN NI TAK PERNAH TENGOK CERITA HANTU KE?!" jerit Wooyoung.

"DIA KENA KEJAR WEI! HUWAA, TOLONG NAUFAL TAKUT!" jerit Youngjae pula. Sunwoo ketawa sinis.

"Mana ada seram cih tak seramlah. Petang petang macam ni hantu mana ada."

"BUKA BLINDFOLD KAU, SETAN!" Haknyeon membuka penutup mata Sunwoo, kebetulan masa itu watak hantu tiba-tiba muncul di skrin.

"ARGHHHH SYAITAN NIROJIM!" jerit Sunwoo.

"Ish, janganlah bising sangat. Orang lain terganggu lah!" marah Hyejin secara berbisik. Dia menoleh ke arah Changbin yang dari tadi membeku.

Han FamilyWhere stories live. Discover now