Seratus lima belas

741 130 224
                                    

"Haimin, janganlah kacau kita!" teriakan Youngjae bergema di taman permainan. Changbin hanya diam melihat Chan bermain bersama kawan-kawannya. Kalau bukan kerana Youngjae yang memaksa, Changbin takkan berada di sini.

"Abang Riz, tak nak main sekali?" tanya Jongho. Changbin menggeleng.

"Abang Riz kenapa macam bad mood ni?" tanya kanak-kanak itu lagi. Dari tadi Changbin bermasam muka, seram pula Jongho tengok.

"Abang Riz sedih sebab semalam akak Ri dah sah jadi isteri abang Iman. Cinta abang Riz telah dicampakkan ke longkang! Humph!" ujar Chan membuat Changbin kembali merasakan patah hati.

Cinta pertamanya telah dimiliki orang lain. Changbin bermati-matian menahan air mata ketika majlis persandingan itu berlangsung. Nasib baik Wooyoung dan Haknyeon ada memberi kata-kata semangat kepadanya.

"Kenapa kau suruh aku teman korang? Kenapa tak suruh abang kau?" tanya Changbin. Lebih baik dia menukar topik sebelum dia menangis di hadapan budak-budak.

"Sebab sejak kebelakangan ni abang selalu sedih je, Naufal nak buat abang senyum balik." jawab Youngjae. Hujung bibir Changbin sedikit ternaik, sejelas itukah perubahannya dulu?

"Abang-abang kau mana? Aku ajak jumpa tapi semua kata busy. Macam lah diorang kerja presiden nak acah-acah busy ni." tanya Changbin lagi. Sunwoo, Youngjae dan Jongho memandang Chan, mereka seperti berbincang melalui tatapan mata. Chan menggeleng-gelengkan kepala membuat Changbin kebingungan. Soalannya tidak susah pun untuk dijawab.

"Erm abang-abang kita pergi main basketball. Nak ajak abang Riz tapi abang Riz pendek. Takut murung je nanti." jawab Jongho. Changbin mencebik.

"Ish, diorang tak hormat betul insan pendek macam aku."

"Alah, bang. Sekali sekala lepak dengan Haimin and the gang apa salahnya? Patutnya abang Riz terharu dapat lepak dengan cool boy macam Haimin." Sunwoo memuji diri sendiri. Changbin memutarkan bola mata.

"Cool boy lah sangat. Acik Milah tak bagi kau beli mainan pun nangis macam apa. Sampai berguling-guling kau kat lantai kedai."

...

"Serius wei sekarang aku pula rasa macam aku ni anak pungut. Aku tak sangka bapak cuma ajak abang Afiq dengan abang Syahmi je. Aku ni anak dia jugak tahu." ujar Haknyeon.

"Kalau bapak ajak kau sekalipun bukan ada guna. Asyik-asyik nak makan, asyik-asyik nak makan. Menghabiskan duit dia je nanti." balas Jaehyun. Haknyeon mencebik.

Hyunjin datang sambil membawa sepinggan biskut.

"Nah, sambil-sambil tu makanlah." pelawa Hyunjin.

"Wah, acik memang terbaiklah acik huhuhu Mirza nak jadi anak angkat boleh?" tanya Haknyeon.

"Jangan jadikan dia anak angkat, acik. Habis nanti semua makanan acik nanti dia sorang je makan." ujar Jaehyun. Haknyeon menjeling abang sulungnya.

"Asal abang Wais ni tak puas dengan aku ni? Apa salah insan sehensem saya ni?" tanya Haknyeon.

"Salah kau selalu makan macam orang tak makan setahun. Aku ingat lagi kau pergi makan semua roti aku! Dahlah tak minta izin! Dasar bahenol!" Younghoon menyampuk perbualan mereka. Geram! Dia punyalah makan sedikit demi sedikit roti kegemarannya agar tidak cepat habis, sekali datang Haknyeon pergi habiskan roti-roti itu.

Han FamilyWhere stories live. Discover now