Sembilan puluh lima

1.5K 198 706
                                    

"Betul ni kau dah okey?" Seungmin bertanya dengan wajah serius. Minho mengangguk.

"Iye, aku dah okey."

"Serius? Kau okey kalau aku tinggalkan kau?" tanya Seungmin lagi.

"Cih, aku bukan budak-budak lagi lah. Kau tu kena pergi kerja." jawab Minho. Seungmin memerhatikan Minho dari atas ke bawah. Dia ragu-ragu hendak pergi tetapi Minho dari tadi memaksa dia bekerja.

"Sekejap."

"Kau mesej siapa tu?" tanya Minho apabila Seungmin seperti mengirim mesej kepada seseorang.

"Kak Milah, aku tak percaya kau dah okey."

"Kau dari dulu tak pernah berubah kan? Susah betul nak percaya aku. Aku bukan tipu pun." Minho memeluk tubuh, Seungmin tak tahu betapa seksanya dia bertahan untuk kembali menjadi dirinya yang dulu. Bohong kalau Minho kata dia sudah okey seratus peratus. Minho tak mahu tenggelam dalam kesedihan, Minho sedang cuba menerima takdir.

Seungmin memasukkan telefon ke dalam poket seluar lalu memegang kedua-dua belah pipi Minho.

"Aku bukan tak percayakan kau. Aku risaukan kau." ujar Seungmin.

"Aku tak nak kau menangis sorang-sorang lagi, at least biarlah ada orang yang temankan kau menangis. Faham?" sambungnya. Minho menunduk.

"Kau risaukan aku?" tanya Minho perlahan.

"Mestilah, kau isteri aku kot. Siapa je tak risau dengan bini sendiri?"

Klek

"Assalamualaikumー oppsie... Akak ganggu korang ke?" tanya Joonyoung. Dia fikir Seungmin sudah pergi ke sekolah, rasa bersalah pula mengacau moments mereka.

"Waalaikumussalam, taklah. Akak boleh kan jagakan Mirah sampai Halim balik?" tanya Seungmin.

"Boleh je, Halim. Akak takde masalah lah nak jaga Mirah, dia dah macam adik akak sendiri. Kau pergi je kerja." balas Joonyoung.

"Baguslah kalau akak tak kisah, kalau macam tu Halim gerak dulu." Seungmin hendak keluar namun Minho tiba-tiba menarik tangan kanan Seungmin dan menciumnya. Dia tunduk, tidak memandang Seungmin langsung.

Seungmin senyum dan mengusap kepala Minho sebelum memakai kasut dan bergerak ke tempat kerja.

Greb!

Joonyoung dipeluk Minho.

"Kenapa ni, Mirah?" tanya Joonyoung.

"Malu..." jawab Minho perlahan. Joonyoung ketawa, patutlah Seungmin boleh tahan hidup dengan Minho. Luar je macam harimau betina tapi dalam macam anak kucing.

"Soonie, Doongie, Dori, Wardah tengok mama korang ni. Malu-malu pula dengan papa." usik Joonyoung.

"Ish, akak!"

"Wei, Riz. Seriuslah kau ajak aku pergi makan aiskrim lagi?" tanya Haknyeon semasa dia dan Changbin berjalan menuju ke kedai aiskrim.

"Kau bukan suka aiskrim ke?" tanya Changbin.

"Yelah tapiー"

"Aku belanja."

"Siot ar kau, Riz." Haknyeon duduk di kerusi lalu memeluk tubuh. Changbin menyeringai. Akan terlalu menonjol jika dia sering ke sini seorang diri, dia perlukan mangsa untuk dijadikan kambing hitam.

Contohnya Haknyeon, kalau ada yang tanya sebab dia selalu ke kedai aiskrim maka Changbin akan menjawab Haknyeon lah yang mengidam aiskrim.

"Kau nak aiskrim apa?" tanya Changbin.

Han FamilyWhere stories live. Discover now