Seratus sebelas

801 134 200
                                    

Sudah hampir dua minggu Changbin enggan menyentuh makanan, jika dipaksa sekalipun cuma beberapa suap sahaja yang akan masuk ke dalam mulut. Hyunjin semakin risau dengan anak sulungnya yang tiba-tiba berubah.

"Riz." Hyunjin membuka pintu bilik Changbin, anaknya sedang membelek-belek buku tanpa minat.

"Riz ada masalah ke, sayang?" tanya Hyunjin, dia mengusap lembut bahu kiri Changbin.

"Tak adalah, mummy. Riz okey je." jawab Changbin.

"Habis tu kenapa Riz makan sikit tadi? Mummy masak tak sedap eh?" tanya Hyunjin. Changbin menggeleng, masakan Hyunjin selalu terbaik di lidah Changbin. Tidak ada orang yang boleh menandingi masakan ibunya.

"Mummy..."

"Hm?"

"Riz selalu makan banyak ke, mummy?" Hyunjin terkejut dengan soalan itu.

"Kenapa Riz tanya macam tu?"

"Jawablah mummy." Changbin mendesak, riak wajahnya terlihat sedih. Hyunjin memegang kedua belah pipi tembam Changbin.

"Riz memang selalu makan banyak tapi mummy suka sangat kalau anak mummy makan banyak, tu tandanya anak mummy hargai masakan mummy." ujar Hyunjin, Changbin memeluk dirinya.

"Sorry, mummy. Riz makan sikit bukan sebab Riz tak hargai masakan mummy tapi..."

"Tapi apa?" Changbin menggeleng dan memeluk Hyunjin lebih erat. Si ibu mengeluh perlahan, dari dulu Changbin sangat sukar berkongsi masalah kepada sesiapa. Sangat berbeza dengan perangai Chan yang sentiasa mengadu 24 jam.

"Riz... Kalau Riz ada masalah jangan pendam sorang-sorang tahu, sayang. Mummy selalu ada untuk Riz."

...

"Abang Farish, mana Fakkie?" tanya Chan. Dia, Sunwoo dan Youngjae datang ke rumah keluarga Kim untuk mengajak Jongho bermain. Namun sayangnya cuma ada Yeosang yang sedang terbaring di dalam pondok rumah mereka.

"Dia ikut Khai pergi pasar." Yeosang menjawab sambil mata fokus memandang telefon.

"Sibuknya tengok telefon, chat akak Diana lah tu." usik Youngjae. Pergerakan Yeosang terhenti, rasa sedih dan rindu muncul ketika nama gadis itu disebut.

Tidak ramai yang tahu apa yang sudah berlaku pada Hyunjun, hanya orang-orang yang Yeosang percaya sahaja yang tahu. Dan pastinya orang itu bukan kembar-kembarnya sendiri.

"Kalau Fakhrul takde, abang nak main dengan kitorang?" tanya Youngjae. Yeosang menggeleng tanpa berfikir panjang, siapa sahaja yang hendak bermain dengan tiga budak seperti mereka? Nampak saja comel tapi nakal tahap dewa.

"Tak nak. Korang nakal nak mampus." tolak Yeosang.

"Hei hei, Haimin dah berubah ke arah kebaikan tahu. Baru semalam kita basuhkan kereta pak su." ujar Sunwoo. Youngjae memegang bahu Sunwoo dan menggeleng.

"Tak, Haimin. Awak masukkan air paip dalam ekzos kereta bapak kita."

"Alah, bosanlah kalau tak ada Fakkie." Chan cemberut, jika kawan baik tiada, hilang mood hendak bermain. Semuanya jadi tidak menarik. Chan perlukan Jongho dalam hidupnya seperti mana Wooyoung dan Haknyeon memerlukan Changbin.

"Kau tak nak join Ikmal dengan geng buaya dia? Tadi diorang baru gerak pergi mamak nak cari mangsa baru." tanya Yeosang. Muka sedih Chan terus berubah bersemangat.

Lupa terus dia tentang Jongho, "orang yang ia perlukan dalam hidup".

"Abang Farish sangat membantu! Korang jom pergi cari geng abang Ikmal!" ajak Chan.

Han FamilyWhere stories live. Discover now